Selepas pelbagai siri selingan dan pra-tonton PROTON secara rasminya pada 23 April 2019 melancarkan Proton Iriz dan Persona 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Model hatchback dan sedan keluarga segmen-B PROTON itu telah ditambahbaik secara menyeluruh sebagai model 2019 dengan penambahbaikan pada lebih 300 bahagian serta dengan pengenalan ciri-ciri pintar pertama dalam kelasnya.
Proton Iriz dan Persona Premium dilengkapi dengan sistem stereo pintar yang menggunakan kad eSIM dan membolehkan pengguna untuk kekal bersambung ke Internet.
Sistem ini turut menawarkan aplikasi penstriman muzik, navigasi dalam talian dan pengecaman suara yang boleh diakses melalui skrin sentuh 7-inci dengan paparan warna penuh serta memori dalaman sebanyak 16GB. Untuk kemudahan tambahan, sistem ini juga mempunyai kemampuan cerminan bagi telefon pintar Android.
Sama seperti SUV pertama PROTON iaitu Proton X70, aplikasi arahan suara diaktifkan melalui kata kunci Hi Proton! di mana kemudiannya, pengguna boleh mengakses pelbagai pilihan yang ada menggunakan arahan suara ini.
Sistem ini juga akan menerima kemas kini Over The Air (OTA) secara berkala apabila terdapat aplikasi-aplikasi baharu.
Untuk membezakannya daripada model terdahulu, jabatan Reka Bentuk PROTON telah memberikan kelainan yang komprehensif pada reka bentuk luar model Proton Iriz dan Persona 2019 ini.
Antara kedua-dua model ini, perubahan pada Iriz lebih ketara yang dilengkapi dengan gambaran baharu Syarikat iaitu gril hadapan Ethereal Bow yang mula diperkenalkan pada Proton X70.
Bampar hadapan dan belakang baharu, hiasan belakang berwarna hitam, reka bentuk roda aloi baharu serta antena sirip yu yang membuatkan Iriz lebih menarik.
Reka bentuk pada Proton Persona 2019 tidak begitu ketara denganĀ corak Ethereal Bow dan Infinite Weave yang merupakan identiti baharu PROTON.
Turut dipadankan pada model sedan keluarga ini adalah spoiler baharu pada but, reka bentuk bampar hadapan dan belakang baharu dan reka bentuk roda aloi yang lebih menarik.
Berikut ialah harga Proton Iriz dan Persona 2019:
Berikut pula ringkasan dapatan daripada sesi pandu uji singkat Proton Iriz dan Persona 2019 di Litar Ujian Proton Shah Alam:
- Reka bentuk luaran yang lebih harmoni dengan keseluruhan badan kereta
- Kombinasi meter analog dan digital menjadikan kedua-dua model tampak moden dengan reka bentuk ringkas dan mudah dibaca
- Skema warna dalaman baharu yang memberikan suasana segar dan terkini
- Sistem arahan suara canggih dengan sapaan Hi Proton! yang memudahkan pengguna melalui penggunaan tangan minimum
- Suasana dalaman yang lebih kedap bunyi
- Operasi enjin dan transmisi beroperasi dengan harmoni dan senyap untuk segmennya
- Stabil sewaktu memecut dan dalam kelajuan had lebuh raya
- Pemanduan dan pengendalian yang mantap selari dengan reputasi Proton dalam bidang ini
- Pakej keseluruhan yang menarik!
Galeri Proton Iriz 2019:
Galeri Proton Persona 2019: