Awal minggu ini terdapat beberapa berita menarik tentang Proton. Sewaktu lawatan Tun Dr. Mahathir ke kilang Lotus, Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin berkongsi beberapa perkembangan Proton, antaranya:
Geneva
- Selepas 25 tahun, Proton akan kembali serius dalam pasaran global. Penyertaan sulung di Geneva adalah langkah pertama ke arah objektif tersebut.
Lotus Evora
- Model terbaru Lotus tersebut akan diperkenalkan di Malaysia. Proton hanya menunggu kumpulan pemasangan Evora terbaru sebelum memasarkannya di dalam negara. Harganya pula? Masih berunding dengan kerajaan untuk harga istimewa. Model Lotus seperti Elise, Europa dan Exige yang dijual dalam negara adalah dengan harga istimewa.
Rakan Strategik Global
- Perbincangan yang ‘tegang’ dengan bakal rakan strategik. Bukan sahaja dengan VW, tetapi Mitsubishi dan Renault. Kemungkinan kerjasama dalam enjin dan komponen kenderaan.
Perancangan 5 tahun
- Proton mempunyai perancangan produk untuk 5 tahun akan datang termasuklah dalam teknologi elektronik dan kuasa enjin. Dan paling menarik DSZ mendedahkan enjin Campro Turbo yang hangat disebut-sebut sebelum ini paling awal akan dipasarkan penghujung tahun ini atau selewatnya awal tahun depan. Campro Turbo akan dipasang pada semua kereta Proton.
Jika Campro Turbo berjaya bermakna enjin Campro digunakan secara komprehensif dan nilai ilmu yang diperolehi tenaga kerja Proton sangat tinggi. Keluk pembelajarannya bermula dari enjin Campro ‘kosong’ kemudian kepada Campro IAFM, seterusnya Campro CPS dan kini Campro Turbo. Enjin Campro adalah produk yang versatil dan robust.
Sumber: Bernama
-Mak Uia-
39 comments
Skip to comment form
Haha..aku 1st.campro supercharger bla plak?
Memang bagus dan maju kehadapan Proton skrg..teruskan usaha dan gigih lagi utk berjaya..jgn jadi pesaing anda yg hanya tahu ciplak teknologi lain dan letakan jenama sendiri dan mengeluarkan product2 yg special sekadar kerusi kulit,rim gelap,bodykit baru..jadi la syarikat pemotoran yg sebenar mcm proton!..tahniah..
huih..lama da tak menjenguk GT.com.
btw, gua dapat gossip dari sorang brader yg keje kat proton. ms tu gua tgh lepak minum kat Rafi. Camane gua leh dapat gossip ni ms brader tu usha moto fz gua.. tnye mcm2 pasal moto tu la..
tah ape ttbe gua leh teborak pasal nak beli kereta. brader tu cakap tak lama exora nak keluar turbo version. 2.0. tgh testing katenyer..
tp orang yg gua tak kenal, lagi ttiba usha moto gua..susah gua nak pecaya. gua angguk2 je. jd skruGt sila la buat siasatan akan kesahihan gossip automotif ni..ehehehe..
jamil lu jgn terpengaruh sgt la..nie semua macam mempelam jugak…mat pon xleh nak di percayai lagi..dieorg lebihkan artis sekarang hahahha
kalu proton wat tubik sungguh keta enjin turbo kawe nak beli.
mengikut source aku, campro turbo first akan dipasang pada exora. sebab exora la yang paling perlu campro turbo. and exora juga akan dihybridkan. maybe org akan cakap aku tipu, but you read it first here.
p/s: both akhir tahun ni keluar.
proton keluar turbocharge orang mintak supercharge…..haissh..proton proton….
Ha. sebab tu la gua cam saspek je brader tu. Matpon ni da terpesong jauh.. ni mesti dah tepengaruh dengan konspirasi freemason ni..
Woi woi sedapnya gua jadi bahan, ada lori ada bas siap gua balas nanti. Gua sekarang cari partner jual turbo, mesti kutu-kutu semua nak upgrade turbo diaorg, mesti gua jadi glamor nanti. Gua kasi up boost 2.0 bar baru taw.
exora turbo?… aku nak setting 1.5 bar.. bio kecut mat wira n kancil turbo…hahahha
Cadangan Proton untuk memasang Campro Turbo pada kenderaan mereka adalah satu kejayaan yang sudah lama ingin dicapai, tetapi kenapa memilih platform Exora dahulu berbanding keluaran Proton yang lain??
Seperti yang anda ketahui, Exora rasanya tidak sesuai kerana ianya berdasarkan dari platform ‘people carrier’, yang bermaksud kenderaan yang boleh membawa ramai penumpang lebih dari sebuah kereta. Bukan mahu menutup kemahuan bakal peminat Exora tentang penggunaan enjin ini tapi kita kena fikirkan faktor keselamatan, dan juga pembeli sasaran. ini kerana majoriti pemilik Exora adalah mereka yang berkeluarga besar.
Bagi saya adalah lebih baik enjin berkuasa tinggi ini diperkenalkan pada kereta2 Proton seperti Gen2, Persona atau Satria Neo. Dan Exora wajar dibekalkan dengan enjin NA berkapasiti tinggi berbanding Campro CPS 1.6 yang acuh tak acuh ingin memacu kenderaan tersebut menaiki bukit.
mari kita tunggu teknologi proton dalam F1 di aplikasikan dalam kereta proton..harap jgnlah duit rakyat malaysia abis..tapi teknologi dapat tengok je..semua guna ke lotus..
ex-Z2H
Exora ialah platform paling sesuai untuk enjin turbo. Bila cakap pasal turbo, aku yakin ramai orang kita terbayangkan model Evo dan Impreza, tapi ramai lupa enjin turbo dah lama digunakan untuk kereta keluarga, terutamanya bagi produk keluaran Eropah. Turbo dengan tahap boost yang rendah akan menghasilkan kuasa tork (daya kilas) yang tinggi dan akan membantu kenderaan yang berat bergerak dengan lebih lancar, terutama ketika mendaki bukit, memotong dan bertukar laluan di lebuhraya. Renault Espace terbaru juga menggunakan enjin turbo. Dengan turbo, Espace tidak perlu menggunakan enjin besar yang lebih berat dan menggunakan bahanapi yang tinggi, tetapi ia hanya perlu enjin 2000cc sahaja. Penggunaan turbo juga semakin popular untuk kenderaan keluarga dan jika di Malaysia, model Peugeot 308 ialah contoh terbaik di mana ia hanya perlu enjin 1600cc untuk menjanakan kuasa setaraf dengan enjin 2000cc.
Jadi ya, Exora memang patut pakai enjin turbo
amid,
kalau begitu pendapat anda, saya hanya mampu menambah satu perkara untuk menyokong pendapat anda itu.
Pihak Proton harus meningkat lagi tahap keselamatan dan pengendalian pada Exora sekiranya mereka mahu mengadaptasi enjin Turbo ini kepada kenderaan tersebut.
Walaupun enjin tersebut adalah enjin LPT (low pressure turbo) seperti yang dimaklumkan, tak semua orang kita ni puas dengan kemampuan enjin tersebut 🙂
Erm….Perodua biler plak nak kuar kete TURBO?
bagus…tindakan yg proaktif begini memang ditunggu…kiranyer enjin campro nih lebih kurang cam enjin toyota 4age..la ble masuk turbo ………harap proton kuar kete rear wheel la lg tinggi market …
bkn kiranya leh msuk terbo, dah mmg de org campro masuk turbo pon…
sy sokong pendapat abg amid n abg ex-Z2H, spt mana kata abg ex-Z2H, casis / rangka sesebuah kenderaan mesti lebih kukuh dr sebelumnya & mampu meminimumkan kerosakan serta kecederaan penumpang jika berlaku kemalangan… ( mudah2 kite semua dpt di jauhkan dr berlakunya kemalangan pd diri kita )
Selain casis di perkukuhkan, cadangan agar bar besi ( salah satu cth Ultra Racing ) dpt d pasang pd kenderaan, utk keselamatan penumpang n meminimunkan kecederaan pd penumpang
mat lu nak jadi rakan kongsi x??? gua up lagi gaji lu nnti
Mat dier tak suka kongsi2…
Kongsi kongsi kongsi ni…hahaha…
x sesuai kete penumpang biasa gunakan engine turbo…lagi2 la exora…fuel consumption mesti besar…
ni gambar terbaru persona facelift (enhancement) yg bakal dilancarkan Jumaat ini
http://funtastickodesign.wordpress.com/2010/03/01/hangat-spyshots-bahagian-belakang-persona-facelift-enhancement/
lu org nk membebel dipersilekan…tp gua pasti bdk2 proton bknnye bangang gile smpai xreti power-to-weight ratio…gua mmg mengidam Exora Turbo…Proton best!!!
Kan gua dah cakap gua nak buat kedai serbaneka turbo macam-macam gua nak jual gua kasi up boost 2.0 baru mencanak naik. Huh Exora bunyi blow off siapa sangka. Cita-cita gua ke arah kapitalis.
gua dah ckp campro turbo nak kuar, tp ramai sekutu x caya
perodua x payah r nk berangan masuk turbo…
handling pn bersepah g lagi nk masuk turbo…
klau buat gak jdi cmni…
perodua turbo = pergi kubor…
aku lgi sokong klau sume model terbaru proton de masuk turbo…
lagi best kalu de gne rear wheel…
lagi ramai yg beli nt…
btul kn dulu power window tu…
handling org2 proton mania akan ckp produa handling teruk.. mmg pn ade la skit.. dengan facelift diorang yang cantik org ketepikan sume tu.. proton ptt blaja menangkap perhatian orang ngan pandangan pertama.. tu jer.. mcm exora.. org yang btl2 fhm je akan rase exora tu cantik.. pasal power window kebanyakan pembuat kereta akan menghadapi masalah ni.. mcm myvi.. power window ade masalah juga.. nape xde org nk kecoh2.. tepuk kepala, tny mereng ke x.. salam sejahtera.. hiiiduppppp protonnnn
YuRi
sebab engineer Proton terlalu pandai la, majoriti pemilik Wira suka tul tukar enjin…
mmg r org x komplen psl power window kt myvi..
sb myvi 2 mmg asl produk luar
perodua juz duplicate je…
bkn built up from zero cm proton…
pikir blk masak bro…
ape pn PROTON tetap hati…
cayak lah.. blm campro 1.3 tebo.. pastu jual teknologi kite (ke?) ke negara dunia ke3.. peh.. mau, LE conbet masuk campro tu.. masuk kat youtube lak tu.. barang rare mari malaysia maa..
kelisa nye power window byk rosak takde sape bising pon…
taufique…
Perodua bukan duplicate, tapi rebadged daihatsu. Sekarang lu pikir masak2 balik, bro. Bukankah Daihatsu pemegang saham besar Perodua?
duplicate ngan rebadged tu kan 2 unsur yang berbeza…:)
taufique_eastriderz
bukan ke proton asal dari mitsubishi..proton saga dgn mitsu fiore kan ke sama..
memng Perodua tu rebadge ke duplicate ke ade aku kesah???
tapi dh lama dh perodua ni ..at least Proton berani wat design sendiri after 15 years… 1985-2000(waja)
ni ape…..dh lbh 15 tHUN perodua establish ..tapi dok di takuk lama..cari r identity sendiri…
atau Perodua takut utk berdiri sendiri..
nk kata x ckup finance..ai..x kan dh jadi jenama keta no.1 kat mlysia ni 3 tahun berturut2 pon x cukup lagi??
oo ya lupa..duit tu masuk poket Jepon nippon daihatsu tu…
tak kesah pun tapi nak bercerita gak menghentam perodua…ko ni memang anti perodua ke?
Proton berdiri sendiri pun sebab boss baru dia dari Perodua…kalau nak harap boss lama…huh!
kengkadang ako pelik tul ngan rakyat Mesia ni…tak pernah nak bersyukur ngan apa yang ada. komplen, komplen, komplen…
zack hakimi, lu punya blog cerita pasal kereta kan? wa ada baca, bagus penyampaian lu! tapi apsal bila lu masuk GT, lu nak komen banding2kan antara P1 ngan P2? kalau lu rasa P1 tu bagus, baik blog lu cite pasal P1 jer. takyah cite pasal pembuat kereta lain..kapish?
lantak la P2 tu nak wat per. duit diorang. ada diorang kesah ngan lu? kitaorang sini tamau gaduh2 marr!!! semua sini pakai kereta P1 dan P2. peace no war!!
kalu proton wat tubek sungguh campro cps turbo,,aku nok beli sute..tp kene tgk model mane hok ade..kalu perdana letok enjin ni pun cun..mmg aku akn beli..support kete buatan Malaysia…go go Proton….
aku rasa kalau enjin biasa yg sedia ada pkai spercharge pun dah ok gak.. klau bleh ler.. kalau pkai turbo pun 1.6 pun dah ok kot.. pasal exora tu cam besar plak nak guna enjin besar.. takut melayang.. kalau datang ngan suspension baik lagi cantekk..