Seperti yang dimaklumkan di dalam entri sebelum ini Proton dan Cusco bekerjasama bagi mengeluarkan Proton Satria Neo rali yang akan dijual di pasaran domestik Jepun.
Kereta rali Proton Satria Neo Grup N dibangunkan dan bakal dijual oleh Cusco khusus untuk pelumba Kejohanan Rali Junior di Jepun dan Asia Pasifik. Proton Satria Neo Grup N dibina berdasarkan kereta jalanan standard biasa yang boleh dibeli dari bilik pameran dan kemudian dihomologasi mengikut spesifikasi FIA untuk kegunaan pertandingan. Proton Satria Neo ini dipasang barangan prestasi Cusco, syarikat penalaan terkenal dunia.
Cusco adalah firma penalaan tunggal bebas dari Jepun yang menyertai pelbagai jenis perlumbaan di sana seperti trek, rali, dirt trials dan gymkhana. Kerjasama teknikal antara Cusco dan Proton adalah hasil dari prestasi dan potensi Satria Neo S2000 seperti yang boleh dilihat dalam Kejohanan Rali Asia Pasifik [APRC] dan Intercontinental Rally Challenge [IRC].
Selain daripada Proton Satria Neo Cusco, Proton turut mempamerkan Satria Neo R3 Concept.
Sumber: Proton Motorsports
-Mak Uia-
25 comments
Skip to comment form
akhirnya, Proton mempunyai sesuatu yang kita semua buleh banggakan.. tabik spring~
tabik spring berganda2…
bangganya…..
Steady lah ! Gua tambah lg Tabik spring~
Gua pn tabik spring jgk.. Ganda 23..
gua plak tabik listas hormat sultan!
enjen spec cmne ha??
Sebelah neo tu kereta ape?
Lancer (Inspira) Cusco ke?
ni spec rally ek? AWD la kot?
keter rally leh 2wd ke ek?sbb kalo ikut info kat atas die pakai spec standard showroom..
bnyk la brng performance utk Keta Proton nnt Amin!!!
@Shappawi_2012
impreza sedan.
Proud to be Malaysian
game GT6….
mesti ade punye…
tak pom forza..
yg sblah tu waja la bro…..tgk c pillar dia…
kombang lobang idung gua..
tp syg…
masih ada lg yg blum bangga dgn proton…
kete malaysia msk market jepun…bangga seh gue….henshin…final attack rider….
joule….ayat ganda 23 mcm prnh dengar je….kt mne ye??
bangga gua…
pasni wat design cusco je..
hihihi…
Tabik spring giler lah! eh dashyaht betul!!
Bila dah Satria Neo popular dah kat sana pasal rally,
komform masuk dalam games2 jepun! fuh dashyaht!!
wahh..nanti ade lah hakat neo………..
klau x silap dlm gran turismo 5 dh de neo msk dlm game..
huh.. rasa cam nak beli lak rimau proton nie sebijik
tapi apakan daya…dua pintu…
suruh amid beli la,
diakan nak jual forester…
amid lu beli la satu…nanti leh bawa gua ronda kat kampung…
LU PUNYA KETA CUN BRO……………