Proton Bakal Lancar Dua Varian Baharu Suprima S Hujung Minggu Ini

Proton Suprima S 2014

Pada penghujung minggu ini Proton bakal melancarkan dua varian baharu Suprima S. Model itu pertama kali dilancarkan pada Ogos tahun lalu dengan dua varian iaitu Executive yang berharga RM76,338.00 manakala varian Premium pula berharga RM79,638.00.

Salah satu varian yang dilancarkan nanti berkemungkinan akan menggantikan model Executive dengan harga yang lebih mesra pembeli. Kemungkinan juga spesifikasi yang ditawarkan adalah setara dengan Proton Preve Premium CVT pada harga RM73 ribu. Satu lagi varian yang dijangka dilancarkan ialah versi manual yang pastinya menarik dan mengujakan untuk dipadankan pada enjin CFE Proton. Terdapat beberapa lagi spekulasi yang boleh dibuat antaranya Suprima S yang dikuasakan enjin CamPro IAFM dengan transmisi CVT atau manual pada harga yang lebih mampu milik. Sebagai rujukan, Proton Preve 1.6MT dan 1.6 CVT Executive masing-masing dijual pada harga RM60 ribu dan RM63 ribu.

Mereka yang mahukan varian berprestasi perlu bersabar kerana setakat ini tiada lagi berita yang disahkan mengenai Proton Suprima S R3. Boleh jadi, model itu akan dilancarkan selepas Suprima S manual mula dijual.

@muhd_gt

Silakan kongsi:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.