P.Nandakumar, bekas Jurutera Lotus dan pemandu rali baru-baru ini telah melancarkan produk automotifnya sendiri. Radical Chassis Solutions atau RCS adalah suspensi boleh laras yang ditala khas untuk kegunaan harian seperti di jalanraya dan situasi mencabar seperti perlumbaan rali dan trek. Pendek kata, dengan pengalaman luas beliau sebagai Jurutera dan pemandu rali, membuat suspensi mengikut citarasa tempatan pastinya tiada masalah.
Untuk membuktikan suspensi buatannya berkesan dan bukan cakap kosong beliau telah menjemput jagoan rali tempatan seperti Karamjit Singh, Rozali Abdullah, pihak media dan orang ramai untuk merasai sendiri ‘kesedapan’ suspensi RCS di Tanamera, Sungai Buloh.
Hasil dari testimonial dari penguji rasmi dan tidak rasmi suspensi ini rata-ratanya berpuas hati, ada yang kata kalau dulu kereta rali diaorang bergegar satu alam tapi bila pakai RCS ni sedap pula. Kurang bergegar, kereta lebih stabil dan pengendalian menjadi lebih mudah.
Ada beberapa jenis suspensi yang dipasarkan antaranya The Clubman, The Intermediate dan The Pro Race yang mana anda boleh pilih ikut kesesuaian cara pemanduan anda.
Tentang harga pula sememangnya suspensi RCS dibina dengan matlamat harganya biarlah kebanyakan rakyat tempatan mampu. Bak kata Nanda, “Gua selalu perasan suspensi import terutamanya untuk permotoran mahal tak ingat, dari situ gua belajar dan sasarkan untuk menghasilkan suspensi yang sama hebat tak pun lebih hebat dari barang import tapi yang pastinya barang gua lagi murah dari diaorang.” Disebabkan Nanda bergerak secara indie dan tidak menggunakan promosi mengarut seperti letak model seksi sebelah suspensi RCS dan iklan kat majalah jadi dia boleh jimat kos, bila jimat kos harga pun boleh cerita.
Jadinya buat mereka yang tengah mencari-cari suspensi boleh laras boleh mencuba suspensi RCS, sama-samalah kita menyokong produk tempatan. Di sebabkan suspensi ni jenis custom made jadinya tak kira jenis apa kereta pun boleh pakai, kancil ke kelisa ke Gen.2 ke Perodua MPV baru tu pun saya syak boleh guna RCS juga.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Nandakumar di talian: 012 9232 782
Kalau nak emel pun boleh: rsc.nanda@gmail.com
-Mak Uia-
ps: Lebih gambar pelancaran produk di mukabuku.
36 comments
Skip to comment form
baguih nih…
GT wat peraduan lagi… pastu kasi hadiah benda nih….
mcm ni la bagus mat?
paparkn product2 tempatan yg setanding luar negara?
gua sokong la skru GT..
xde la org Malaysia jd bangang beli jenama Jepun tp MADE IN THAILAND kn?pe barang..Terbaik la korang..
1Malaysia.
sokong kete_hitam…..
gua pun sokong sama gunners dgn kete_hitam
matpon tak nak ke tolong jd model seksi utk iklan RCS? indie2 pn kene marketing jugak kan? kompem laris…
gua menyokong sepenuhnya…
takde la harga mencarut2….
bro sonata 1 leh pki ke ini barang???
errr dy pny suspension same ngan galant vr4…
klu leh bg gua harge skali n mane tempat gua nak carik..
gua dok jb..
oii mat lu la jadi model baru cara.lg satu lu publish la dia nyer harga gua dah x sabar nak torai ni.
gua sokong benda ni….nnti aku tukar klau ada masa nak call mr. nandu…….
Mr. Nanda ada erea mana?
alah membeli, menang memakai…..
hai semua,
Geartinggi, terima kasih banyak banyak kerana sudi datang & support RCS Produk launch.
kepada Ahmad Mustapha, saya selalunya di area Subang jaya atau Sg besi, kalau nak bersembang atau berjumpa, call saya shj, 0129232782.
Terima kasih semua
fuyooh!!… mcm tak percaya…
sticker ada jual tak????
nak yang mcm gmbar kat atas tuh..
tampal kat pintu bilik pun cun jugak kan…
Moto punye ade jual tak?
Jamil Butang
bro nak suruh matpon jadik model seksi ke?model seksa adelah…..
kete_hitam
Ha lu beli la dulu nanti gua bagi percuma.
jalan tar kampung
Tau xpeee… Made In Malaysia but Manufactured overseas. Apa cer?
gunners
Ha elokla, lu beli lah dulu.
carragher27
Ah lu pun sama. Beli lah dulu.
Jamil Butang
Ha tu la dia. Pastu gua juga yang kaya. Komisyen 90%. Amacam?
shah_mivec
Ye bang shah. Mivec tak nak pakai ke?
virus
Boleh lu kasi contact sama Nanda.
ala lingkup
Lu tanya Mak Uia. Dia tau.
Firza
Ok jgn lupa minta komisyen utk gua.
AHMAD MUSTAPHA
Jawapan seperti di bawah.
tedd
Buat koci di dalam bakul. Ambil karipap tolong makan.
Nandakumar
hai semua,
Geartinggi, terima kasih banyak banyak kerana sudi datang & support RCS Produk launch.
kepada Ahmad Mustapha, saya selalunya di area Subang jaya atau Sg besi, kalau nak bersembang atau berjumpa, call saya shj, 0129232782.
Terima kasih semua
__________________
Ha sama-sama! Gua kasi post balik lu punya entri. Dah kaya jangan lupa gua.
Adik
Nanti gua jual. Berapa kilo nak?
Alan
Ada. Motokar.
gunners
Gua dulu kerja model ubat nyamuk.
apara mat lu mat pon….
rege pun tak tau… nk beli macam mana…
apara lu matpon….
rege pun tak tau… nk beli macam mana…
hage kasi tau weiiii……..
wei matpon ko nak suruh aku buat soklan pasal RCS pulak ker?? hehehehe
yang ni gua support beb…brg tempatan ni…
sepat
jgn lpe post jwpn kat gua cam hari tu ek
lepas ni boleh la aku tampal sicker kat belakang kereta aku “Handling By P.Nandakumar”, lepas tu tampal sticker besar-besar kiri dan kanan dengan sticker “RCS”.baru gempak satu kampong.
kete_hitam
Lu nak tau harga lepas komisyen ke belum?
6posen
Lu tanya je Nanda, dia nak kena tau lu kete apa. Buatnya lu nak pasang kat Hilux ke Toyota Hiace mana nak sama dengan Veyron.
sepat
Tak, gua nak lu bagi kenyataan kenapa lu beli HONDA JAZZ? Kenapa lu tak beli Myvi? Gen.2? Persona SE? Naza Forza? Naza Ria?
Kenapa lu nak beli kereta import?
pendita_gila
Jangan kawan Sepat. Dia benci produk tempatan.
fauzi
Ah lu ni cepat betul beralih arah. Hari tu minta sticker GT. Siap merayu bukan main lagi.
baper reger dier ni ea??cambest jer..
revolusi rally scene malaysia!
wei matpon… aku nak tau dua dua skali…
Kalo untuk MYVi bape rege dier?
woi mat.. ko jgn ler konar baring.. takde maknanya honda jazz.. wa support perodua rawang all the way okay!!@
ps- woi nanti dtg opis aku bawak awek skirt mcm superman.. ok!@
terbaik jo..bagus juga ade barang cam nih. special custom made lg. shabas.
Mahal la rege dier…
bagus2..ada gak org2 yg berbakat n ada kebolehan prihatin ngan pemain2 keta malaya..brg imported mmg sawan gak la harga..tp product dh trbukti dr dlu..mr.nanda product u nie guna material yg baru ataupn rojak2 ngan product sedia ada..papepn tahniah utk mr.nanda berani mencuba n brsaing dlm pasaran..salute2..ehehe
bro, sembang sembang gak. harga kasik tampal la. dah ramai yg minat tapi rege tak naik lagi. mcm mana nak bajet? bajet 2010 pon dah settle.
Hi semua,
Produk RCS di buat dari material yang baru & semuanya di reka dan dibuat oleh RCS.
harga untuk road use punya set adalah 4k lebih, saya faham harganya adalah mahal bila dibanding dengan jenama lain untuk road use, tetapi suspension RCS in adalah untuk motorsport dan kerana itu komponen-komponen dalam semua adalah sangat mahal kerana ia kena tahan suhu dan pressure yang tinggi, suspension yang sama boleh di pakai untuk road use tetapi valving dan setting nya di tukar untuk menjadikan kereta lebih selesa dan lebih bagusnya handling….dan sebab suspension ini adalah untuk motorsport ia pasti lebih tahan lama bila di pakai on the road… ada warranty dan suspension in adalah fully servicable…
walaubagaimanpun, RCS kini sedang buat kajian untuk suspension model baru yang lebih berpatutan harganya untuk road use…
Ok Nanda
Saya yakin kalau you boleh buat untuk permotoran tiada masalah untuk you buat kegunaan jalan biasa.
Nanti you dah siap buat bagitahu saya, saya percaya ramai yang berminat terutama sekali jika harganya lebih murah dan lebih kurang sama dengan produk tempatan
Selamat berjaya bro!
hayok… sekali 4k da….
fuyooooo harga die ley beli moto ex5 baru da….