Perodua memulakan tahun 2014 dengan melancarkan Alza wajah baharu. Kelengkapan dan penampilan model MPV kompak yang popular itu telah disemak semula dan menariknya dijual pada harga yang lebih rendah. Di antara penambah baikan yang telah dibuat ialah poin ISOFIX pada kerusi kedua, kerusi barisan ketiga yang boleh dilipat secara berasingan dan perehat lengan untuk varian automatik.
Terdapat tiga varian Alza baharu iaitu Standard, Special Edition (SE) dan Advanced Version. Seperti namanya, varian Standard hanya mempunyai spesifikasi asas manakala varian SE dan Advanced Version dilengkapi dengan aksesori tambahan. Untuk varian Advanced Version, pakejnya terdiri daripada sistem multimedia baharu dengan kamera undur, sistem navigasi dan monitor bumbung. Turut dipasangkan ialah kit badan dan kerusi kulit. Aksesori varian SE pula sama seperti Advanced Version kecuali kerusi kulit dan sistem multimedia lengkap.
Dari segi keselamatan, kesemua varian Perodua Alza wajah baharu dilengkapi dua beg udara, ABD dengan EBD dan Brake Assist. Harus tahu, Perodua Alza baharu mencatar skor 4 bintang di dalam ASEAN NCAP.
Berikut adalah senarai harga jualan Perodua Alza 2014.
1 comment
1st time post lama dah tak masuk sini huhu