KUALA LUMPUR, MALAYSIA (21 Sept 2015): Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini menasihatkan semua pemilik Nissan X-Trail (dijual pada tahun 2002 hingga 2007), Teana (2004) dan Liberty (2003) yang terlibat dalam Kempen Servis beg udara penumpang Takata supaya membawa kenderaan masing-masing untuk diperiksa di cawangan Tan Chong Express Auto Service Centre (TCEAS) terdekat.
Pada Jun 2015, ETCM mengesahkan bahawa sebanyak 12,444 unit kenderaan Nissan di Malaysia terlibat dalam Kempen Servis inflator beg udara penumpang hadapannya. Semua kos buruh dan alat ganti di bawah Kempen Servis ini adalah percuma.
Kempen Servis ini melibatkan tiga (3) model yang dibeli dari ETCM dan pengedar Nissan sah pada masa itu. Dalam beberapa tahun ini, pemilikan kenderaan mungkin telah berubah, dan ia adalah dinasihati bahawa pemilik semasa memeriksa jika kenderaan Nissan mereka terlibat dalam kempen servis ini. Para pelanggan boleh menghubungi Hotline Khidmat Pelanggan Nissan atau layari laman web www.nissan.com.my (klik pada ruang ‘Owners’, diikuti dengan ‘Service Campaign’) untuk maklumat lanjut. Para pemilik yang sebelum ini pernah memeriksa kenderaan mereka terlibat dalam Kempen Servis itu digesa untuk mengesahkan kembali kenderaan masing-masing berikutan pengelasan semula sistem.
Nissan X-Trail (T32) serba baharu yang dilancarkan di Malaysia pada Januari 2015 serta model-model Nissan yang dijual sekarang bagaimanapun tidak terlibat dalam kempen tersebut.
ETCM ingin menyatakan sekali lagi bahawa keyakinan dan ketenangan minda pelangggan menjadi keutamaan syarikat. ETCM benar-benar memohon maaf atas apa jua kesulitan yang terpaksa dilalui oleh pelanggan. Kami ingin menegaskan bahawa ETCM dan Nissan komited terhadap aspek keselamatan, servis dan kepuasan pelanggan, serta berusaha untuk menangani masalah ini dengan pantas. Sebagai tambahan, ETCM menerusi TCEAS akan menghubungi pemilik kenderaan Nissan yang terjejas secara langsung.