PEMENANG KEMPEN “RIANG RAYA” (PUSINGAN 1) TERIMA KEJUTAN GEMBIRA DI HARI RAYA

Photo_Riang Raya Campaign

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2015Tiga pemilik bertuah kenderaan Nissan menerima kejutan besar apabila mereka terpilih sebagai pemenang Kempen ‘Riang Raya’ (Pusingan 1) anjuran Edaran Tan Chong Motor (ETCM).

Pusingan 1 kempen yang pertama seumpamanya di Malaysia ini berakhir pada Jun lalu. Ia memberi peluang kepada tiga orang pemilik bertuah kenderaan Nissan untuk menganjurkan majlis yang dibiayai sepenuhnya oleh ETCM bernilai RM50,0000. Pakej penganjuran majlis itu merangkumi khidmat pengurus acara, sewa lokasi, makanan dan minuman serta banyak lagi (tertakluk kepada terma dan syarat).

Para pemenang itu ialah Suhaila Binti Saleh yang membeli sebuah Nissan Grand Livina 1.6L A/T di ETCM Mahkota Chera, Tan Yoke Leong yang membeli sebuah Nissan Almera 1.5V AT di ETCM Petaling Jaya dan Theng Soon Yew, pemilik sebuah Nissan X-Trail 2.0L CVT di ETCM Penang.

Suhaila Binti Saleh nyata terkejut apabila mendengar berita kemenangannya itu. “Membeli sebuah Grand Livina sememangnya memberi tuah kepada saya dan keluarga pada bulan Ramadan ini. Apabila saya mendapat tahu tentang kemenangan ini, saya ingin mengadakan majlis aqiqah (majlis bagi meraikan kelahiran anak) untuk anak saya. Apa yang pasti, ETCM telah memberikan saya hadiah Hari Raya yang terbaik!”

Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng turut gembira ketika mendengar reaksi para pemenang serta majlis yang akan mereka anjurkan. “Para pemenang bebas untuk memilih apa jua acara yang ingin mereka raikan, sama ada majlis hari jadi, parti ulang tahun atau perkahwinan dan ETCM akan menguruskan segalanya. Kami benar-benar berbesar hati kerana mampu mencipta memori indah buat para pelanggan, bukan sekadar menerusi kenderaan Nissan mereka, malah dengan kempen yang pertama seumpamanya ini. Tahniah kepada para pemenang Pusingan 1 kempen ‘Riang Raya’ dan semoga berjaya kepada mereka yang menyertai Pusingan 2 kempen ini untuk bulan Julai!”

Tawaran ETCM sempena Hari Raya masih boleh didapati sepanjang bulan ini. Pusingan 2 kempen Riang Raya (sama seperti pusingan 1 kempen pada bulan Jun, tiga pemenang akan dipilih) akan berakhir pada Julai dan masih ada peluang untuk tiga pemenang bertuah dengan menghantar borang penyertaan menerusi pembelian kenderaan Nissan mereka pada bulan ini. ETCM kini juga menawarkan peluang kepada pelanggan untuk memenangi iPad Air 2 dengan hanya memandu uji sebuah model Nissan di mana-mana bilik pameran Nissan di seluruh negara.

Kemeriahan Raya itu ditambah dengan “Kempen Penjimatan Hebat Riang Raya” ETCM, di mana dengan hanya RM1.00 pelanggan boleh membeli NISMO Aerokit untuk Almera atau IMPUL Aerokit untuk model Grand Livina atau Sylphy. Promosi RM1.00 juga dilanjutkan kepada paparan Sistem Navigasi Multimedia bersaiz 8 inci dengan pembelian Teana atau X-Trail 2.5. Bukan itu sahaja, pelanggan yang membeli X-Trail 2.0 juga boleh menambah tempat duduk dibalut kulit dengan hanya RM1.00. Tambahan lagi, kempen RM1.00 membolehkan pelanggan memiliki Pakej Navi-Plus ke atas varian terpilih Nissan Navara.

Pelanggan yang membeli Serena S-Hybrid boleh menikmati penyelenggaraan percuma selama dua tahun (tertakluk kepada terma dan syarat).

Silakan kongsi:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.