Niat hendak menulis mengenai entri ini sudah lama bertujuan untuk memberi lebih informasi mengenai kemudahan yang boleh digunakan sekutu terutama sekali pembaca baharu. Semasa blog ini dibangunkan saya mahu ianya mesra pembaca justeru paparan yang ringkas telah dipilih. Seperti juga kereta yang laku keras [hard selling] desainnya tidak begitu ekstrim tetapi lebih kepada ringkas dan praktikaliti. Sebagai contoh, Proton Saga dan Perodua Myvi rekaannya senang diterima pembeli dan paling penting tidak beriya sangat, begitu juga dengan model-model popular Toyota, gayaan ringkas, senang diguna dan diselenggara.
Ringkas cerita, ciri-ciri pada blog GT adalah:
Toolbar Wibiya
Toolbar Wibiya terletak di ruang paling bawah skrin komputer. Walaupun blog diskrol ke bawah sekali tetapi toolbar ini tetap terapung atau melekat di bawah skrin komputer. Barisan toolbar terdiri daripada:
- Logo Dunia: Untuk sekutu buat carian sama ada di dalam GT atau Google. Pilih search this site atau Google kemudian masukkan perkara yang hendak dicari dan tekan ikon kanta.
- Translate: Untuk terjemah GT ke dalam bahasa China, Inggeris, Jerman, Itali, Portugis dan lain-lain.
- Skrol ke atas: Bila blog diskrol sampai ke bawah, kadang-kadang leceh hendak guna tetikus untuk patah balik. Sekutu hanya klik pada butang Skrol ke atas dan secara automatik paparan akan naik ke atas semula. Saya selalu guna butang ini.
- Random: Apabila ditekan, entri rawak akan dipapar dan sekutu boleh baca koleksi entri GT.
- Pelekat GT: Untuk sekutu yang belum atau hendak menambah pelekat GT, butang ini akan membawa ke entri pelekat GT. Ada pelbagai info seperti harga dan gambar.
- RSS feed: Butang ini digunakan untuk melanggan GT. Sekutu yang ada blog boleh letakkan RSS di blog mereka. Lebih senang sebab bila layar blog sendiri sekutu akan tahu sama ada entri baru sudah diterbitkan.
- FB: Untuk sekutu yang belum lagi “Like” FB GT, boleh guna butang ini. Lagi ramai yang Like lagi bagus, dalam FB ada info lebih awal dari blog.
- Orang putih merah: Fungsinya untuk memaparkan statistik pelayar semasa.
- Orang berdiri: Tetingkap kenyataan, tetingkap ini digunakan untuk info ringkas. Klik pada orang tersebut dan sekutu boleh baca mesej yang ditulis.
- Anak panah ke bawah: Klik butang ini untuk menutup dan membuka kembali toolbar Wibiya. Paparan blog lebih luas dan kemas.
Pusat Sumber:
Jika Toolbar Wibiya terletak dibawah skrin komputer, Pusat Sumber pula terletak di ruangan paling bawah blog, untuk ke sini sekutu perlu skrol ke penghabisan blog. Pada bahagian ini terdapat pelbagai tag yang terdiri daripada pembuat kereta dan acara. Untuk sekutu yang ingin mencari bahan atau saja-saja hendak membaca boleh saja klik pada tag seterusnya entri yang berkaitan akan dipaparkan. Sebagai contoh jika tag Proton diklik maka entri berkaitannya akan dipaparkan dalam halaman tersendiri.
Kongsi Ramai-Ramai:
Toolbar ini terletak di atas bahagian Related Posts, ada pelbagai butang seperti Print, FB, Twitter dan lain-lain. Butang-butang ini mempunyai pelbagai fungsi seperti untuk kongsi entri ke dalam FB, Twitter, format PDF atau pun mencetak entri, senang cerita ianya adalah jalan pintas untuk pelbagai fungsi yang diinginkan sekutu.
Akhir sekali, saya harap dengan info ini sekutu lebih senang melayari dan lebih ‘melekat’ dengan GT. Saya juga berharap sekutu turut mempromosikan GT sama ada melalui FB atau mulut ke mulut sebab seperti tajuk ini, pembaca adalah raja! walau bagaimana hebat pun skru menulis tetapi tidak berguna kalau kurang sambutan. Sokongan sekutu adalah motivasi untuk kami mengekalkan dan menambahbaik blog ini. Sayangilah GT.
Selamat membaca dan jika ada sebarang pertanyaan saya akan jawab sebaik mungkin.
🙂
-Mak Uia-
8 comments
Skip to comment form
gua selalu gak promote GT kat kawan2 gua…kat blog gua pun dua letak link GT…tp blog gua tak popular la…huhu
sokong2
baru gua paham sepenuhnya jadah apa benda ikon2 tu.. tengkiu mak!!
gua promote kat kereta gua tapi stiker tu sengetlah.. boleh bagi yang baru dan cun lagi tak? he he he gua beli la wei!
kehkehkeh…gua ajak jumpa lu jual mahal sepat..
wiken ni ke amacam kita jumpa??
Author
Sepat
Amid pernah nampak lu punya Jazz, itu pun cam sebab tampal dekat cermin belakang.
GT bloq wajib buka masa berkerja gua..
owhh…paham2..