Pelancaran Ducati Centre dan Ducati Panigale 1199

Bertempat di Petaling Jaya pada 19 April lepas, Dato’ Mukhriz Tun Dr. Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah merasmikan Ducati Centre yang terbesar dan paling komprehensif di Asia. Pusat itu dibuka oleh Next Bike Sdn Bhd, pengimport dan pengedar tunggal Ducati di Malaysia. Majlis turut dihadiri oleh Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan NAZA, Dato’ SM Zulkifli SM Amin, Ketua Pegawai Pengoperasian Kumpulan, NAZA, Folco De Luca Gabrielli, Duta Itali ke Malaysia, Mirko Bordiga, Ketua Pegawai Operasi Ducati Asia Pasific.

Dengan keluasan 15,000 kaki persegi, pusat itu mengandungi bilik pameran Ducati, Ruang Rehat, Ducati Club Lounge untuk mesyuarat ahli Kelab Pemilik Ducati, Pusat Kecergasan,  Barangan Ducati, bilik pameran Ducati terpakai, Pusat Khidmat Lepas Jualan dengan lapan ruang servis dan bilik talaan suspensi. Ducati Centre di NAZA Automall PJ merupakan pusat sehenti yang canggih buat pemilik-pemilik Ducati.

Menambah lagi keterujaan pembukaan pusat itu, Next Bike Sdn Bhd turut melancarkan model Ducati 1199 Panigale. Model itu menggabungkan teknologi tinggi dengan enjin dua silinder yang berprestasi dan casis monocoque dengan kuasa 195hp. 1199 Panigale yang menerima anugerah “Most Beautiful Bike of Show di EICMA 69th International Motorcycle Show di Milan dipasarkan pada harga bermula dari RM160,888 hingga RM209,999. Dengan unit terhad kerana permintaan global yang tinggi dan tempahan sebanyak 20 unit yang diterima Next Bike Sdn Bhd adalah jelas 1199 Panigale merupakan idaman ramai.

Silakan kongsi:

6 comments

Skip to comment form

    • pokjik on 08/05/2012 at 8:31 AM
    • Reply

    mak oi dia punya rege…tapi mmg mantop lah….

    • rafi on 08/05/2012 at 8:46 PM
    • Reply

    gila kentang harga.tapi idaman hati gua tetap kat honda cb400 yang masih belum mampu nak beli.heh

    • sepat on 08/05/2012 at 10:24 PM
    • Reply

    belilah mira gua aje..ducati time hujan dukahati duduk bawah jambatan… mira pulang riang gembira…

    • Alteja on 09/05/2012 at 2:39 PM
    • Reply

    Hahahaha… semalam wife aku terperanjat nengok harga superbike kat Malaysia.. selama ni, dia ingat belas-belas ribu je sebab bagi dia, takde motor yg lebih mahal dr kereta..

    So, sebab taknak dia ketinggalan dalam dunia motosikal ni, aku start update dia pasal motor.. at least pasal harga…

    Apapun… aku minat Honda CBR250 je. Sebabnnya, lesen motor aku B2 & malas nak gi update ke B Full (samada gi test semula atau cari yg “terbang”). Tapi, motor cenggini susah nak bawa gi pasar… takkan nak gantung sayur kat handle je kan…

  1. KTM Duke di hati

    • pok mat on 12/05/2012 at 11:11 PM
    • Reply

    CM Punk = sempoi

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.