Jenama Volvo sentiasa berada di dalam radar pemerhatian saya. Namun perhatian terhadap produk Sweeden itu tidaklah serius sangat hinggalah seorang rakan yang dalam linkungan usia 30an membeli Volvo S40 baharu. Suatu yang janggal untuk golongan muda. Justifikasi beliau ialah kereta itu selamat. Kemudian Volvo terus meraih perhatian saya apabila melancarkan V40 baharu di beberapa negara Eropah. Apabila diberi peluang untuk memandu uji sebuah Volvo, peribahasa yang tepat untuk menggambarkan perasaan saya ialah ibarat orang mengantuk disorong bantal. Suka sungguh.
Model yang diberi pinjam ialah S60 T5 dan impresi pertama sewaktu melabuhkan punggung di atas kerusi kulit S60 ialah kereta itu tidaklah besar mana, lebih tepat kalau digambarkan sebagai sedang elok. Volvo semakin jelas arah tujunya, S60 diletakkan untuk bersaing secara berdepan dengan BMW 3 Series. Untuk itu pengeluarnya telah menggunakan formula paling berkesan untuk menarik perhatian iaitu dengan rekaan yang beremosi dan menambat hati. Rekaan berkotak dan bersegi yang dipegang Volvo selama berpuluh tahun lamanya sudah ditinggalkan dan kini digantikan dengan bahasa rekaan yang lebih lembut dan beralun. Interiornya pula kemas, sesuai dengan segmen premium di mana model itu berada.
Menilai keselesaan set kerusi, jelas ianya direka untuk pemanduan yang sporty di mana bentuknya menyokong belakang supaya pemandu berasa tegap sewaktu memaut stereng. Kerusi belakang juga begitu namun agak rumit untuk pereka interior memastikan kepala penumpang tidak menyentuh bumbung kereta. Ini kerana rekabentuk bumbungnya yang curam telah mencuri ruang kepala penumpang belakang. Solusi yang dibuat ialah mengurangkan saiz ketebalan dudukan seterusnya memberi kelegaan kepada penumpang. Namun itu tidak menyelesaikan masalah sepenuhnya apabila perehat kepala kerusi mendominasi ruang cermin belakang. Sekali lagi perekanya tampil dengan solusi mudah, perehat kepala boleh dijatuhkan secara automatik apabila tidak diperlukan dengan butang kawalan pada papan pemuka.
Kecemerlangan Volvo tidak terletak pada pemanduan dan pengendaliannya. Kereta ini tidak berapa seronok untuk dipandu secara agresif dari selekoh ke selekoh namun sistem kawalan komputer seperti DSTC (Dynamic Stability and Traction Control) dan beberapa akronim keselamatan lain memastikan selekoh dapat ditawan dengan selamat. Definisi talaan pakej suspensi juga mungkin berbeza di antara lokasi tempat kereta ini diuji dan keadaan jalan raya tempatan. Di Eropah, permukaan jalan raya mungkin lebih sempurna berbanding di negara kita. Volvo ini tiada masalah bahkan terasa selesa melalui jalan beralun namun hentakan pada lopak air dan bonggol tajam terasa agak keras. Kepakaran Volvo terletak pada sistem keselamatannya yang canggih dan di situlah letaknya poin jualan unik produknya berbanding pengeluar kereta mewah lain. Jadi, kekurangan pada pemanduan dan pengendalian ditutup dengan sempurna oleh ciri-ciri keselamatannya.
Senarai sistem keselamatan S60 T5 memang panjang, antaranya ialah BLIS, ABS, EBD, HBA, RAB, FBS, ACC dan beberapa lagi nama khas. Namun kesemua itu tujuannya hanya satu iaitu mengelak daripada berlakunya kemalangan. Contoh mudah ialah kereta ini mampu berhenti dengan sendiri. Setkan auto cruise dan kemudian katalah di hadapan terdapat kenderaan bergerak perlahan, Volvo ini akan memperlahankan kelajuan dan terus mengekori kenderaan di hadapan dan apabila ianya berhenti, Volvo yang dipandu akan turut serta berhenti. Sistem itu sangat berguna terutama sekali sewaktu kesesakan jalan raya atau beratur menunggu giliran untuk membayar tol. Tiada pergerakan kaki yang diperlukan.
Satu lagi senario ialah apabila pemandu sedang khayal melayan radio atau mengantuk dan tidak menyedari kenderaan hadapan semakin hampir, sistem amaran berupa bunyi yang kuat akan membuatkan si pemandu tersentak dari lamunan, penumpang sebelah yang sedang tidur juga boleh terjaga dek kerana bunyi amaran yang mengejut dan kuat. Selain daripada itu, kereta ini turut dilengkapi dengan lampu amaran titik buta (BLIS) yang memberi signal apabila terdapat objek pada sisi kenderaan. Sistem itu amat berguna apabila pemandu ingin menukar lorong bagi memastikan tiada kenderaan yang berada di sisi, ianya berfungsi sebagai alat tambahan kepada cermin sisi. BLIS sangat bagus dan sesuai jika kerajaan mewajibkan supaya semua kenderaan (kecuali motosikal) mempunyai sistem itu kerana tahu sajalah sikap sesetengah pemandu yang suka-suka hati menukar laluan.
Bercakap mengenai prestasi pula, Volvo S60 T5 ini dikuasakan oleh enjin 2.0 liter turbo. Kuasa yang ada iaitu 240hp dan tork 320Nm dan gabungan transmisi enam kelajuan Powershift sudah lebih daripada cukup untuk menggerakkan kereta ini. Enaknya transmisi Powershift ialah kemampuan untuk menggunakan transmisi dua alam iaitu automatik dan jika ingin lebih keseronokan tukar sahaja kepada mode manual. Cara operasi dan efeknya lebih kurang sama sahaja seperti gear manual cuma pemandu tidak perlu bersusah-payah menekan klac. Proses pertukaran gear juga mengasyikkan kerana berbeza dengan sistem manual transmisi CVT, ianya tidak mempunyai limit pada sesetengah RPM, tarik sahaja gear ke RPM tinggi dan kemudian anjakkan tuil gear transmisi manual biasa. Transisi tukaran gearnya juga kemas.
Volvo S60 T5 boleh dibeli dengan harga bermula daripada RM260 ribu, sesuai dengan segmen premium yang diposisikan oleh pengeluarnya. Jenama Volvo mungkin tidak segah nama mewah lain dari Jerman namun apa yang membuatkan produk Volvo ke hadapan berbanding pesaing lain ialah sistem keselamatannya. Mahu kereta yang pengeluarnya berusaha bersungguh-sungguh untuk mengelakkan kemalangan dan prioriti utamanya adalah selamat? Volvo adalah jawapannya. Cantik dan mewah pula adalah bonusnya.
@muhd_gt
8 comments
Skip to comment form
mantap…gua pn tgh usha2 s40t murah2 kt mudah, yg 25k pn de..
akhirnya kuar jgk entri volvo nih…
mcm best je s40 tu, minat juga pasal murah, he he… tp fc? spareparts? ok ke? nak cari hiway cruiser ni… cadangan2?
gua satu aje tak berkenaan.. terlampau banyak sangat jargon2 automatic tu membuatkan gua tau kalau rosak sikit function mesti kereta ni dah tak sedap drive.. pengalamn dgn S60 terdahulu.. tapi in terms of safety Volvo lah terbaik dan insyaallah so far belum nmpk volvo turtle kathiway msia ni.., body dia pun dah 1 tan
Volvo S40 yang enjin 2.4L memang menarik..
best jugak altezza tu. ada juga cite2 nak beli walaupun gua kena apply personal loan dulu, he he. spare partnya camne? senang dapat x? duk dekat tg malim ni, pekan kecik je boh, wokshop bawah pokok boleh bikin ka?
gua baru perasan.. GM Legal gua dah beli kereta ni.. dia takjub tgk ekon kat pillar tgh tu rasanya… cantik gak GM guatuh.. ehh Volvo GM gua tu..
ada harapan beli altezza nih, he he… lagi? lagi?