Pandu Uji Singkat: Proton Exora Bold

Sudah terang lagi bersuluh, Proton dah pun selamat melancarkan enjin Campro CFE melalui Proton Exora Bold/Prime. Gua rasa ini adalah pencapaian yang tinggi dan sangat bagus untuk industri automotif lokal. Pencapaian tersebut patut dipuji dan gua rasa lu orang pun patut tumpang sekaki dengan gua puji sekali. Sudah terang lagi bersuluh ada juga daripada kita yang terlampau suka sangat mengutuk, menghina dan mengeji Proton. Gua pun tak kisah kalau ada yang macam tu cuma gua nak kata, tersalah kutuk akan menunjukkan setakat mana sahaja ilmu dan luas pengetahuan dalam bidang automotif. Senang kata, salah kutuk akan buat kita nampak bangang, paling dahsyat kita tak sedar yang kita dok tau mende.

Sebenarnya gua nak cerita pasal pengalaman pandu uji singkat (PAS) hari Ahad lepas. Kebelakangan ini gua agak sibuk dan banyak juga pelancaran model yang gua tak sempat nak ambil port. Jadinya disebabkan enjin turbo ini dekat di hati maka gua meluangkan masa jugalah untuk pandu uji Exora Bold. Tapi sebenarnya gua tak ada niat pun nak pandu uji, gua nak tengok Exora Prime lebih dekat memandangkan gua minat dengan konfigurasi kerusi kaptennya. Memandangkan Exora Prime hanya ada di Mutiara Damansara maka gua pun pandulah Myvi cap Siam gua ke sana. Lepas parkir sesedap rasa betul-betul depan lorong nak masuk ke bilik pameran gua disambut mesra oleh eksekutif jualan Proton Edar. Kali ini gua tengok dia orang ada skil yang gua suka, iaitu skil profesional. Maknanya tak ada stok cerita yang bangang-bangang macam pelanggan adalah orang yang know nothing about cars. Disebabkan tawaran eksekutif tersebutlah juga gua dapat peluang pandu uji walaupun pada mulanya gua agak 50-50 nak cuba.

Pertama kali gua masuk Exora Prime gua memang suka, ambiens dia rasa mewah, rasa macam lu orang masuk Perdana baru dan tak salah kalau gua cakap ada kualiti eksport. Gua agak kagum juga dengan dua perehat kepala yang ada skrin yang secara kasarnya nampak bukan jenis cap ayam. Kerusi kaptennya juga agak selesa dan ergonomik dan gua boleh bayangkan ibu bapa atau mertua tersenyum selesa duduk atas kerusi ittew. Didatangkan sekali dengan perehat lengan memang layan habis. Untuk info lu orang, kerusi kapten boleh dilaras ke depan dan belakang jadi maknanya penghuni barisan ketiga boleh melabuhkan kakinya jadi tak adalah rasa kejung duduk di sittew. Ruang yang lebih pada barisan ketiga pula boleh digunakan untuk memuatkan beg sebarang dua. Lagi satu yang gua nak kongsi ialah efek kayu pada papan pemuka tu sebenarnya lebih cantik daripada gambar, orang kata agak blend dengan warna papan pemuka. Visual gambar tidak memberi keadilan pada realiti.

Interior Exora Bold pula tak adalah menarik sangat perhatian gua. Konfigurasi kerusinya (barisan kedua) masih sama dengan Exora biasa yang mana gua fikir memadai untuk fungsinya sebagai kerusi. Tak adalah selesa sangat cuma sedang elok sahaja dan ianya terpulang pada citarasa individu dan gua rasa ramai orang tak kisah pun sebab ada lagi kereta yang katanya lagi best dan lebih premium tetapi dengan tahap keselesaan gagal atau ibarat perekanya tak pernah kenal ilmu ergonomik atau keselesaan.

Untuk pandu uji, hanya Exora Bold disediakan, gua tak kisah sebab tujuannya kali ini adalah untuk meneroka enjin turbo Campro. Selepas melaras kedudukan kerusi sebarang dua, gua masuk gear undur, visual belakang dipaparkan melalui kamera undur ke cermin pandang belakang. Memandangkan cermin pandang belakang itu kecil jadi visual undur pun memang kecil, tak berapa selesa nak pandang dan gua rasa gua lagi cekap pandang cermin tu dari pandang visual undur. Skop visualnya juga terhad dan gua rasa benda macam ini mengambil masa untuk menyesuaikannya. Lama-lama ok la kot. Tapi kalau lu orang beli Exora Prime tak ada masalah kot sebab visual undur dipaparkan pada skrin yang terletak di papan pemuka.

Keluar ke lebuh raya, awal-awal lagi gua dah kena cucuk dengan Exora warna putih, mungkin brader tu nak cuba try test kot dengan turbo, tapi gua malas nak layan dan bagi dia potong, sekali dia kat depan gua kasi beam dia pun angkat tangan. Boleh jadi brader tu nanti akan trade in dengan Exora Bold ni gua cakap dalam hati. Masa gua pandu tu memang boleh terasalah dia punya tork pada rpm rendah, memang ada kuasalah, dia punya turbo tu ada terasa dan tak adalah rasa macam soft turbo sangat. Bila tekan sikit rasa turbo punya spinning ala-ala bas Scania. Tapi bestlah sebab the power is there when you need it orang putih kata. Tapi kalau gua dapat uji naik Bukit Karak lagi bagus sebab baru dapat ekstrak kuasa Campro CFE yang sebenar. Selain daripada itu kotak gear CVT pun boleh tahan dan ikutkan gua memang suka CVT berbanding kotak gear automatik standard yang tersengguk-sengguk dan kasar. Gua rasa dengan turbo ni dan dengan modikasi sikit-sikit macam tukar paip intercooler ke apa ke yang biasa lu orang buat pada enjin turbo memang Campro CFE ini boleh pergi jauh. Nanti bila dah masuk pada Persona R kita boleh agak lagi lah terasa kuasanya sebab tu kereta sedan kan.

Cuma komplen gua pada Exora Bold ini atau MPV seumpanya ialah pemanduan yang macam bot sebab sistem suspensi yang lembut untuk pemanduan selesa. Memandangkan gua dah biasa dengan kereta dengan spring keras jadi gua rasa kalau gua beli Exora ni benda pertama gua akan buat ialah tukar spring kasi firm sikit. Dan kalau lu orang tanya pada gua, berbaloi ke tak beli Exora Bold ni ialah gua rasa memang berbaloi lah, Exora Bold/Prime ni ibarat iPhone 4S, banyak upgrade berbanding iPhone 4 dan benda alah SIRI dalam iPhone 4S tu bolehlah diibaratkan sama dengan Campro CFE, ciri-ciri baru yang membuatkan Exora ni lain daripada kereta-kereta Proton yang lain.

Jangan percaya apa yang gua tulis, ada masa lu orang boleh pandu uji sendiri.

ps: Untuk info lu orang, Proton ada buat pandu uji panjang Exora dan Saga FLX SE  ke Tanjung Jara, Terengganu dari Isnin sampai esok. Gua tak dapat pergi sebab ada hal lain. Mungkin diaorang tengah makan keropok lekor sambil kaki cicah air kolam… Sob.. sob..sob.

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

42 comments

Skip to comment form

  1. boost oem berapa bar tu mat hehe

  2. Entahlah gua tak boleh nak agak.. well i just drive n/a cars only. Heheheh.

  3. Gua syak, pegawai tinggi kerajaan mesti teringin sangat nak trade-in Perdana dengan Exora Prime ni..baru ada gaya bos-bos

    • blue rollA on 20/12/2011 at 2:56 PM
    • Reply

    terbaek

  4. kampeni gua book satu.. so yg rasmikan gua dulu kehkehkeh

    • Alteja on 20/12/2011 at 4:49 PM
    • Reply

    Cantik gak aku rasa…
    Agak-agak, kalo aku usik kat bukit di Highway Karak, dia boleh kejar tak???
    Aku selalu gak usik version terdahulu… sayup beb aku tinggalkan walaupun MPV aku macam kepala keretapi je
    Apapun, MPV bukan utk race… pehal nak lelaju kan???

  5. Ah, nampak sangat Sepat ni sebenarnya jenis yang bos-bos..kahkahkah

    Alteja
    Brader, bukannya laju sebab nak race..tapi kadang kelajuan tu diperlukan sewaktu memotong & mendaki..takdelah nak kena tekan pedal minyak sampai berdiri..heh

    • Datsun Buah Kana on 20/12/2011 at 5:53 PM
    • Reply

    Byk2 MPV, exora la paling luas dlm kelasnya. + turbo lagi memang tanpa kompromi la kalau nak beli. Kalau ada yg berkira-kira nak beli pokok cheri, avanza ke atau Bugati Veyron lagi memang la diorg ni tak belajar geografi…

  6. Erm…bini gua suh amik Exora nih…tp ape2 pun gua nak ngeTEST drive dulu kot…hehehehe

    • hasang on 20/12/2011 at 6:57 PM
    • Reply

    steady… mmg steady abes!

    • orang_minyak on 20/12/2011 at 7:30 PM
    • Reply

    sedap dan selesa masa test drive.tapi perlu ada improvement la part-part tertentu.dashboard mmg low class la..hand brake kat tengah.dah la seat kapten.menyusahkan dan merimaskan.aku ingat patut hand brake letak kat sebelah gear macam honda civic.selesa skit.leather seat bagus lagi myvi extreme.bila bawak mmg tak rasa bila masa tukar gear…lancar jer…safe minyak.harga rasanya mahal sgt.

    • adoii on 20/12/2011 at 9:17 PM
    • Reply

    hampehh…loan dah lulus utk exora premium tapi salesman cakap harga tu tak kompom lagi ..tunggu PM approve la..itu la..ini la..mungkin turun sikit la harga…nak bayar down payment hrini diorg pun tnk….apa la muslihat proton ni…..dah gian nak test CFE enjin nii….

    • hEnsEm frOg on 21/12/2011 at 2:07 AM
    • Reply

    hhhmmm…nak cuba jugak la test drive…dengar kata exora prime je ada rear disk break…bold takde rear disk break…betul ker???

    • dindin on 21/12/2011 at 4:42 AM
    • Reply

    setaw ak exora yg ada cfe smua ada brek disk blkg….x kra prime ka bold…yg enjin cps x taw lak…:D

    • Alteja on 21/12/2011 at 10:01 AM
    • Reply

    Azmin
    Setuju dengan ko…
    Tapi, aku tak penah rasa lagi pandu Exora nih (apa version pun). Aku suka ngusik je kak Exora ni dgn MPV kepala keretapi aku. Apapun, aku dgr, seat kulit dia memang bagus (apek kedai accessories cakapla)

    • perdanaburuk on 21/12/2011 at 10:17 AM
    • Reply

    Cfe standard kilang mana bole bg hp tinggi bro. Nnt lu org komplen minyak mentekedarah tak ingat plak. Kira proton setup turbonya ala2 runcit aje. Klu setakat nak main cucuk2 ngan MPV 2.0 yg lain dah boleh sgt tu. Janji pakcik2, makcik2, abg2, kakak2 & adik2 suka. Bagi yg nak lebih lg lu org bole tunggu x lama lg akan kuar barang segala toyol yg boleh disumbat kat engin exora ni. Malaysia boleh……….. sekian……….

    • belalang_kontot on 21/12/2011 at 4:37 PM
    • Reply

    terbaek…
    semoga gua dimurahkan rezeki untuk memiliki makhluk exora ni…
    amin….
    hehehe

    • exJAVANESE on 22/12/2011 at 9:31 PM
    • Reply

    Sepat, lu tau kaa mane mau carik hakat CFE?? mihahahhaha

    • HamidR on 24/12/2011 at 10:39 AM
    • Reply

    Wak dah test drive Bold Premium, Pick-up setanding dengan Wish 1.8 Model 2004 dan wak rasa lebih sikit dari Wish sebsb wak tak agressive tekan padel minyak.Keputusan memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan dan wak dah confirm book order untuk jenis ini. Saya harapkan Proton improvekan Dash board setanding dengan exterior yang cun tu, at least sama dengan Wish dash board… baru ngam dan world class…Sabas Proton sebab buat terbaik untuk Exora Bold.

    Dari.. ex Wish user.

    • wiraburuk on 07/01/2012 at 8:58 PM
    • Reply

    perdanaburuk: terbaek komen lu bagi… memang aku setuju sangat…

  7. kelebihan proton exora yang tidak ada pada MPY lain…
    itulah kelebihan PROTON EXORA dari mula ia dilancarkan.

    • apyzs gsr on 10/01/2012 at 10:38 AM
    • Reply

    mcm nie lah proton .gua selute sebab dah ade kemajuan lepas nie tlg lah jgn nak lambakkan lg besi buruk mcm saga flx tue sampah je semua tue

    • luv malaysia on 26/01/2012 at 8:22 PM
    • Reply

    salam saya hormati semua pendapat tapi bagi pendapat saya….senang cite syabas proton akhirnyer kuar gak keta ada turbo nie….memang la tak boleh nak compare dgn model yang dah bertapak lama ( klu salah tlg betulkan )

    1. toyota 1937 – tapi toyota dah kuarkan kenderaan thn 1935 (toyota G1)founders kiichiro toyoda
    2. mitshubishi 1870 founders yataro iwasaki – tp bg arena permotoran thn 1970 bln april.keluaran keta 1917 (Mitsubishi Model A)
    3.nissan 1933 disember founders Masujiro Hashimoto,Kenjiro Den,Rokuro Aoyama,Meitaro Takeuchi,Yoshisuke Aikawa – tapi sebelum tu nissan guna nama Datsun dari thn 1914.

    saya bagi contoh 3 jenama besar yang dah bertapak kat arena permotoran. mmg lama klu tgk thn penubuhan tu.

    proton lak tahun 1983 – tapi keta awal iaitu saga thn 1985.

    (ape yang penting PROTON syabas pelan-pelan naik ngn wat RND silap2 hem boleh menandingi jenama BESAR tpi ambik masa la…..)

    SOKONGLAH BARANGAN MALAYSIA……..

    • Bushey on 11/02/2012 at 7:58 PM
    • Reply

    Assalam semua, aku pengguna Nissan Latio Impul…dah nak trade in exora prime haahha…dah test memang power, nak power buang cutt off ajer settle..nak laju lagi buat ler piping..EXSS..Berkenaan dashboard pada aku exora bold cukup bagus daripada kereta Nissan buat jepun yang aku pakai (macam2 bunyi ade hehe). Suspension pulak ok juga..dah puas guna Fully Adjustable Gab..sekarang nak guna standard gaban ajer..masuk rim besar ok dah tu..terus terang aku pengguna kereta (kaki pecut juga)…Senang cite..cukup berbaloi beli Exora Prime (RM87K) atau Exora Bold (RM79K). Combine Gear box CVT cukup bagus…dan bila di h/way boleh gunakan SART Button…panel meter bertukar dari D kepada 5..umpama tambah gila lagi untuk top speed…maximum gear 6. Syabas PROTON sejak bergabung dengan DRB HICOM.

    • Bushey on 11/02/2012 at 7:59 PM
    • Reply

    Assalam semua, aku pengguna Nissan Latio Impul…dah nak trade in exora prime haahha…dah test memang power, nak power buang cutt off ajer settle..nak laju lagi buat ler piping..EXSS..Berkenaan dashboard pada aku exora bold cukup bagus daripada kereta Nissan buat jepun yang aku pakai (macam2 bunyi ade hehe). Suspension pulak ok juga..dah puas guna Fully Adjustable Gab..sekarang nak guna standard gaban ajer..masuk rim besar ok dah tu..terus terang aku pengguna kereta (kaki pecut juga)…Senang cite..cukup berbaloi beli Exora Prime (RM87K) atau Exora Bold (RM79K). Combine Gear box CVT cukup bagus…dan bila di h/way boleh gunakan SART Button…panel meter bertukar dari D kepada 5..umpama tambah gear lagi untuk top speed…maximum gear 6. Syabas PROTON sejak bergabung dengan DRB HICOM.

    • jagung on 13/02/2012 at 11:36 PM
    • Reply

    wa dah test drive kete exora bold ni….semu termasuk gua ada 3 orng dewasa….wa dah biasa ngan Citra 2.0 selama 6 tahun so bwh ni wa punya komen:
    1) pick up – citra > ExBold (means citra menang sini)
    2) handling – exBold > citra
    3) cornering – ExBold > Citra
    4) comfort – test kat hiway – ExBold > Citra
    5) Front view – plus to ExBold
    6) Sound proof – plus to ExBold
    7) Interior & features – super plus to ExBold

    semoga membantu…

    • Bushey on 19/02/2012 at 6:58 PM
    • Reply

    Exora lame leh upgrade pikup die (HP)…cuba call 016-6991346 Aziman…Rm250 buang cutt off speed…minyak pun save…Exora model lama nie pun dah ada ugrade turbo dia lagi kuat dari bold cfe standard Hp leh cecah 300HP torq pun 300Nm, Bab nie boleh call 016-3988338 (Xenon turbocharge) memang setting untuk harian (daily use) tapi power. Boleh tengok kat Youtube Exora CPS Tubro.

    Exora Bold CFE ni dah dalam kepala otak aku untuk upgrade power die…sebab dah test drive …RPM cutt off..kena buka baru HP dan torq lagi power..sebab semua kereta standard kilang ada cutt offnya..bila buang cutt offnya..Injector, dan lain2 berfungsi mengikut kaki yang tekan pedal minyak.

    Kalau budget bawah RM2000 boleh upgrade E-manage buang speed cutt, dan boleh upgrade macam2 pada enjin CPS dan CFE ini.

    Apa-apa pun untuk upgrade power enjin nie kegunaannya pada jalan yang betul bukan untuk berlumba. Sayangilah keluarga anda.

    • Bushey on 21/02/2012 at 5:29 PM
    • Reply

    maaf semua typing salah…150 – 250hp..untuk exora cps dan cfe

    • hassan on 13/03/2012 at 11:33 PM
    • Reply

    Saya dah Uji Pandu kereta Exora Bold…memang terbaik…

    • Ed on 26/04/2012 at 9:19 AM
    • Reply

    Banyak yg dah bagi komen..Ada sesapa boleh bagi komen tentang penggunaan minyak Exora Bold? Rasa saya kalau KL-Melaka still jimat kot..Boleh komen?

    • abu ahmad on 13/06/2012 at 2:02 PM
    • Reply

    saya nak tanya sapa yg dah pakai exora bold cfe ni.ada masaalah gearbox tak.saya berminat gak ni sbb luas dan selesa,murah

    • city on 21/06/2012 at 11:07 PM
    • Reply

    jgn bimbang cvt ia…best…saya dah guna ok jee

    • abulo on 19/07/2012 at 10:34 PM
    • Reply

    bleh syer storymori x.standard ngn excecutive.enjin la khususnya.

    • along on 04/11/2012 at 12:08 PM
    • Reply

    gua minat tengok EB warna cocoa grey..ekslusif..

    • sarul on 07/12/2012 at 9:00 PM
    • Reply

    Sy terbeli EB nih… xnyesal SBB power 🙂

    • dee on 11/01/2013 at 9:45 PM
    • Reply

    akhirnya dpt juga ku miliki EB ni..hurm berbaloi..

    • awie on 13/01/2013 at 1:46 PM
    • Reply

    pendapat kawan2 yang guna EB terbaik…ada yang bermasalah tak….saya dah tempah coca grey minggu depan dapat..tak sabar nak test heheh

    • zasss on 03/02/2013 at 11:07 AM
    • Reply

    alhamdulillah….berbulan2 servey (kumpul dana sebnarnya..hehe) tanpa test drive…cuma percaya kt proton jer…(3 model kereta gua sebelum ni smuanya cap proton belake…) PROTON EXORA BOLD PREMIUM yg gua bru bwa blik smlm mmg terbaikkkk…… thank u proton…w/pun ada sikit2 penyakit lama yg mcm kt model terdahulu….x kisah lah…dh nma pun proton… tp hat ni mmg terbaikkkkkk…..hehehe.

    • a bur on 05/03/2013 at 9:53 PM
    • Reply

    Salam gen..aku mmg plan nak angkat eb..tapi aku pening skit. Nk angkat prime ke premium..wife aku nk premium sbb dia 7 seat.. lagi satu kalau nk tidokn anak senang sbb seat tgh pnjg.. aku plak nk prime sbb dia nmpk xlusif.klau bawa parents or parents in law mmg senyum lah diorg. ada idea tak atau pendapat korang tq

  8. Aku tengok sekarang kat jalan raya dah banyak dah exora bold ni,yang membuatkan aku rasa exora ni menarik adalah kerana kalau aku beli nanti bak kata bro,..tukar spring and apalagi,..tukar sport rim la..Bagi aku design dia memang cun

    • michelin on 18/04/2013 at 6:00 PM
    • Reply

    salam, nak tumpang tanya.. ExBold Prime punye ‘captain seats’ tu boleh kedepan kebelakang shj ye? tak boleh pusing 180 darjah menjadi ‘meeting seats’ dgn seats row ketiga?

    • Wak on 31/10/2017 at 9:35 PM
    • Reply

    Aku pun dah booking exora excutive plus 2017. Tgh tunggu loan approved.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.