Pandu Uji Proton Exora Bold 1.6 CFE (KL – Kedah – KL)

Walaupun sudah lama dilancarkan, Proton Exora Bold sebenarnya antara entri yang tertinggi mendapat carian di dalam geartinggi.com, mengalahkan Proton Preve. Kesimpulan mudah yang boleh dibuat ialah, kenderaan pelbagai guna (MPV) tersebut ‘makan dalam’. Walaupun sudah lama dilancarkan popularitinya sentiasa konsisten. Tambahan pula Proton Exora Bold dilihat sebagai MPV yang didatangkan di dalam satu pakej yang menarik iaitu luas, bekuasa, ada gaya dan pada harga yang berpatutan.

Pandu uji ini sebenarnya sudah lama dilakukan bahkan sesi pandu uji paling lama pernah saya rasai. MPV ini dipandu ke Sintok hingga ke sempadan Thailand selama seminggu dengan jarak perjalanan melebihi 1000 km. Sewaktu Exora Bold CFE dilancarkan, saya sempat memandu uji dalam masa yang singkat. Waktu itu, apa yang melekat di dalam kepala ialah sistem suspensinya yang lembut dan macam perahu. Selang beberapa bulan saya berkesempatan duduk semeja dengan jurutera yang bertanggung jawab dalam membangunkan sistem suspensinya. Kata beliau, dalam banyak-banyak reviu yang dibaca, hanya GearTinggi.com tidak berkenan dengan sistem suspensi Exora Bold. Memandangkan saya masih lagi berada di dalam kategori Mat Belia yang biasa dengan kereta ‘slammed’ jadi beliau faham citarasa peribadi tersebut.

Pandu uji kali kedua ini merupakan peluang kedua untuk saya mengenali dengan lebih mendalam MPV nasional itu. Memasuki Exora Bold, ambiennya adalah seperti mana-mana kereta Proton, rekaannya cantik tetapi dengan penjimatan kos. Ruang interior yang besar menjadikan banyak bahagian terdedah menampakkan material yang dipilih. Walaupun bahagian utama  seperti stereng, kerusi dan panel pintu dibalut dengan kulit namun plastik keras masih lagi mendominasi ruang interior. Apa boleh buat, material tersebut adalah standard industri yang digunakan pada kebanyakan kenderaan. Interior yang sedap disentuh mungkin adalah objek mewah sekarang ini.

Rekaan panel meter Exora Bold cantik dan ringkas namun informasi digitalnya biasa sahaja jika disandarkan pada zaman gajet dan aplikasi yang menguasai kehidupan harian pengguna sekarang ini. Informasi digital pada Proton Preve lebih menarik tetapi model itu lebih lewat dilancarkan yang membolehkan penggunaan ciri-ciri tersebut. Walau bagaimanapun mungkin Proton boleh menambah baik dengan mengantikan pemain cakera padat dengan unit boleh sentuh seperti pada Proton Satria Neo R3 baharu. Tambahan pula paparan kamera undur pada cermin pandang belakang agak kecil dan tidak puas dipandang. Pemain video untuk penumpang belakang juga lemah apabila sistem audionya disambung menggunakan frekuensi radio. Sewaktu hujan, terdapat ‘sindrom semut masuk speaker’.

Untuk sebuah MPV, memandu Proton Exora Bold adalah suatu pengalaman yang boleh dibanggakan. Exora Bold sememangnya dibangunkan untuk pemanduan jarak jauh. Kerusi pemandu yang didatangkan standard dengan perehat lengan agak selesa. Begitu juga dengan kerusi penumpang barisan kedua, walaupun penyandar belakang hanya setakat bahu orang dewasa dan tidak empuk sangat pada pertama kali merasainya namun lama-kelamaan terasa selesa. Kerusi barisan ketiga pula adalah tipikal MPV yang mana cukup syarat sahaja, sekadar memadai untuk kanak-kanak. Bagi mereka yang memerlukan kerusi selesa berbanding ruang, pilih sahaja Exora Bold Prime dengan kerusi barisan kedua berasingan.

Berbeza dengan pengalaman pandu uji singkat selepas baru dilancarkan, sistem suspensi Exora Bold dapat diadili dengan lebih sempurna. Pada laluan lebuh raya, MPV itu stabil dan selesa. Terasa juga lembut tetapi ini adalah talaan yang paling sesuai untuk sebuah MPV. Stabil di lebuh raya dan selesa untuk keluarga. Di selekoh, prestasi Exora Bold adalah tipikal kereta Proton cuma ianya lebih tinggi berbanding model sedan. Selain daripada itu, pemandu turut diraikan dengan prestasi enjin CFE yang tidak lelah dalam memberikan input bertenaga. Badan MPV yang berat terasa ringan terutama sekali pada kelajuan rendah yang sinonim dengan enjin CamPro.  Memotong kenderaan atau mendaki bukit tidak menjadi masalah malah menurut pendapat seorang rakan, memandu Exora Bold terasa seperti bukan kereta Proton!

Daripada segi bahan api pula, tahap penggunaannya biasa-biasa sahaja bahkan agak menjimatkan jika dipandu dengan kelajuan sederhana di lebuh raya. Walau bagaimanapun ianya berbeza untuk pemanduan di dalam bandar dan agak kerap juga saya berhenti di stesen minyak.

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah Proton Exora Bold CFE mempunyai senarai kelebihan yang cukup untuk menjadikannya sebuah MPV yang sempurna. Ciri-ciri keselamatannya banyak, saiznya elok untuk sebuah keluarga sederhana, pemanduan dan pengendaliannya bagus, enjin yang berprestasi, rekabentuk yang menarik dan dengan harga yang berpatutan. Iya, MPV ini mempunyai beberapa kelemahan seperti material yang terasa sangat plastik namun banyak lagi kelebihan lain yang mengatasi kelemahan yang ada. Di dalam pasaran domestik, Proton Exora Bold adalah opsyen terbaik di dalam kelasnya.

Dengar kata, Proton sudah pun membuat kajian awalan mengenai model gantian Proton Exora. Rasanya ramai yang mahukan MPV seperti Perodua Alza dan Toyota Wish. Benar, beberapa tahun akan datang ramai Mat Belia yang sudah menjadi Mat Famili. Ciri-ciri model gantian tersebut perlulah bersesuaian dengan generasi baharu. MPV untuk generasi Y.

@muhd_gt

Silakan kongsi:

36 comments

Skip to comment form

    • beejan on 14/01/2013 at 9:59 AM
    • Reply

    saya mesti piley…
    tapi bank x lulus loan..
    so pakai wira je la

    • Smut_liar on 14/01/2013 at 10:20 AM
    • Reply

    tepat pada masanya….
    mmg saya tgh mencari mpv skarang ni…
    inilah jelah pilihan yg ada utk mpv br yg harga berpattutan besar berkuasa cfe…
    terbaiklah revieu ni…

  1. apsal tak ajak gua test.. ? ish isk

    • rafi on 14/01/2013 at 11:25 PM
    • Reply

    serius, gua minat amat kat exora bold dan prime ni. kalau lah harga bayaran bulanan x melebihi rm500..bole sangat dah beli sebuah.tapi apakan daya, duti eksais masih lagi 300%.terpaksa la gua angkat sebiji odyssey seken.

  2. @Sepat
    Danok is a stone throw only. That’s why I did not ask you. I pray Kak Ros is not reading this.

    • dee on 14/01/2013 at 11:57 PM
    • Reply

    sedang menunggu EB ku…wxw ..x sabar neh!

  3. nk murah tggu yg sekehen…..

    • zasss on 05/02/2013 at 10:37 AM
    • Reply

    alhamdulillah….berbulan2 servey (kumpul dana sebnarnya..hehe) tanpa test drive…cuma percaya kt proton jer…(3 model kereta gua sebelum ni smuanya cap proton belake…) PROTON EXORA BOLD PREMIUM yg gua bru bwa blik smlm mmg terbaikkkk…… thank u proton…w/pun ada sikit2 penyakit lama yg mcm kt model terdahulu….x kisah lah…dh nma pun proton… tp hat ni mmg terbaikkkkkk…..hehehe.

    • narnia on 22/02/2013 at 5:46 PM
    • Reply

    Saye teringin la nk pakai exora bold cfe,saya keja kedai je pendapatan saya rm2,500 sbulan,tapi keja kdai ni tkda kwsp takut la loan tk lps,tapi saya ada terima resit gaji tiap2 bulan dari bos saya,penyata bankpulak tak tetap,tapi ada la masuk gak,cuma tk ikut tiap2 bln la,ada tak sesapa boleh bagi cadangan kt saya,sbb saya nk sgt mpv ni

    • wajaskunkz on 23/02/2013 at 1:24 AM
    • Reply

    aku dh lm tringin nk mpv ni tp yg manual la sbb aku x sk auto. 2x bt loan tp x lps.
    so sbr je la… hehehe…. ada rezeki nti blh gna gak mpv ni

    • azwan nbs on 15/03/2013 at 10:58 AM
    • Reply

    memang cantik…
    tak dapat dinafikan…

    • ZUL tbr on 18/03/2013 at 8:34 PM
    • Reply

    dah lima bulan aku pakai exora bolt cfe terbo ni,dulu masa nak ambil macam macanm cerita dengar,bila dah pakai okey je tiap tiap bulan balik kelantan ikut camaron highland.yang komen gila gila tu sebenarnya dia tak pakai exora bold turbo ni kut,saja sembang je

    • CFExora on 13/05/2013 at 12:31 PM
    • Reply

    aku setuju dengan ZUL tbr. Dah setahun aku pakai ok je. baru ni je kena remap ECU kat mutiara damansara. Lepas remap..pedal ringan..minyak jimat.

      • fauzi on 11/01/2018 at 8:50 PM
      • Reply

      remap ecu buat macam mane. exora bold saya kuat makan minyak

    • Datukl J on 16/05/2013 at 10:03 PM
    • Reply

    Exora bold…..aku tengah pikiak..nak trade Avanza…ni

    • mamawaniey on 09/06/2013 at 12:21 PM
    • Reply

    Terbaik la my EB..tekan minyak layan jer..minyak?? Steady jer..nm lg guna keta..corner smooth jer..confident bwk cos tggi..my wira da jeles sbb sy byk guna EB skang…ape org nk kta xbaik ttg exora..abaikan jer…saya tau sbb sy owner EB..sayang my EB

    • lie on 26/06/2013 at 11:36 AM
    • Reply

    nak tukar minyak auto cvt,hanya ada di proton sahaja ke.pastu kena tukar filter dan gasket sekali ke.harap ada yang boleh kongsi

    • tehsarbat on 03/07/2013 at 10:28 PM
    • Reply

    akunya EB dah berumor setaun lima bulan, okje. serbis pun biasa-biasaje. puaslah mencucuk. alang-alang bertebo jom kita mentebo, bior yang laintu jeles.

    • Dakzeman on 10/07/2013 at 8:41 AM
    • Reply

    Menghitung hari my new family member……..EBpremium

  4. Salam semua…terima kasih atas pendapat dan cerita anda semua tentang EB sbb aku pun dok tgu loan lepas ja….tkut jgk bla bli tba2 bnyk problem….tp bla bca komen anda semua baru la rasa lega skit….tq semua

    • acit_evo on 28/07/2013 at 11:45 AM
    • Reply

    kalau mcm niela korang punya komen, aku mcm xsabar2 jer nak angkat satu EB nie…

    • sherry on 25/09/2013 at 10:22 AM
    • Reply

    sedang berkira2 nak beli EB jugak..

    • shah on 09/10/2013 at 11:26 AM
    • Reply

    tq semua, mengenai komen2 EB..sy pon dlm proses nk beli EB ni..

  5. Beli jgn tak beli bro. .eb ni memang mantap sy dah memandu eb ni dah 7 bulan penang to jb tersangat puas hati. ..berbaloi -baloi..

    • daddyyie on 15/10/2013 at 9:28 AM
    • Reply

    ambo pakai start july 2013..cukup selesa dengan anak 4 orang..minyak kira ok la..kuasa enjin dh memadai..maintainance x mahal mana..namun kalu bleh kuatkan BOV, bleh terkezut evo, scooby, gtr dan rakan2 yg sewaktu dengannya…hehehe

    • joemanap on 19/10/2013 at 10:33 AM
    • Reply

    ada member pkai livina 1.6 ckap dia bole cucuk EB bold ni kat highway..meter dah dkat 200

    • royz on 28/10/2013 at 3:00 PM
    • Reply

    EB MEMANG MANTAP BOH…DIA PUNYA HANDLING,PICKUP N POWER TRAIN MEMANG BERBALOI WA CKP LU..

    • linda on 20/11/2013 at 4:55 PM
    • Reply

    salam…saya pun tgh servey nak beli EB…tengok accecories mcm yng automatik full package nye…tapi saya sebelum ni tak pernah bawak kata manual…

    • discoveryturbo on 03/01/2014 at 10:34 AM
    • Reply

    gear “L” cfe mmg mantap,smp spin tayar depan bila ambik selekoh kt gohtongjaya..fuhh..

    • rahim on 06/01/2014 at 1:04 AM
    • Reply

    asyik nk g meronda je bila tgk EB aku nih….pening ar!!

    • sha on 08/01/2014 at 5:07 PM
    • Reply

    aku nye EB prime baru amik tadi kat proton seri petaling. hehehe….. aku ni hardcore proton. waja yg aku pakai since 2002 aku trade in amik EB. setakat yg aku bawak tadi mmg superb. lain bebenor dgn feel bawak waja. wakakaka….. aku jadik cewi camner tak tau!!! aku dok jengah bawah seat driver, ade byk wayar and macam satu kotak suis. mmg pesen dia camtu takde cover ke? pastu bunyik enjin cam ade bising sikit. turbo mmg camtu ka? hehehe…..

    • Newbie EB on 17/03/2014 at 3:39 PM
    • Reply

    baru book EB kat Mutiara Dsara tadi,,,, tak tau result camne lulus atau tak? dah pening memikior nak ambik apa, wish,stream,mazda 5…last2 book EB premium gak…..

    • nizamshahar on 24/07/2014 at 5:03 PM
    • Reply

    Enjin 1.6 campro soft turbo memang terbaik..seperti keupayaan enjin 2 liter. Nak apa lagi? Berbaloi baloi… Haha..

    • zainol on 28/05/2015 at 2:25 AM
    • Reply

    MPV terbaik dlm kelas nya. Proton kena upgrade mutu service dekat SC dan ambil kira komen2 pengguna.

    Ambik corner mmg terbaik. Berani ngan tidak shj.

    Naik bukit. Gear L mmg power full.
    Dah test drive EB aku kat cameron highland.

    No komen. Mmg superb walaupun 8org penumpang.

    • zainol on 28/05/2015 at 2:28 AM
    • Reply

    EB mmg terbaik dalam kelas nye.

    Corner, braking, speeding, pick up, naik bukit.
    Try test drive sure jatuh cinta.

    Aku dah test semua diatas semasa pergi cameron highland.

    Mmg terbaik.

    • Encik terung on 15/11/2018 at 9:55 PM
    • Reply

    So far dah 4 taun sy pakai.. Alhamdulillah baik2 shj.. Servis harus dijaga.. InsyaAllah

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.