Dibangunkan untuk pasaran global, gaya Juke yang unik menawarkan penampilan baru dalam kategori kenderaan kompak. Ia menggabungkan tahap kepantasan sebuah kereta sports dengan keselamatan dan kelasakan sebuah SUV. Dari bahagian depan yang sporti dan dari lampu belakang hinggalah fender yang besar, Juke nyata menyerlah dengan reka bentuk berani serta tahap imaginasi yang tinggi.
Dengan enjin 1.6L Direct Injection Gasoline Turbo (DIG-T), sistem kotak gear Xtronic CVT generasi baru dan suspensi sport-tuned, Juke menawarkan pecutan lancar, pengendalian penuh kuasa dan kestabilan yang baik.
Paparan Kawalan Pintar (Intelligent Control Display) baru merupakan sistem informasi pelbagai fungsi yang pertama bagi kenderaan Nissan. Sistem ini menyediakan maklumat pemanduan yang dikemas kini seperti perbatuan serta bertindak selaku panel kawalan pusat bagi persekitaran kabin dan pemanduan dinamik. Pemandu Juke juga boleh menggunakan panel kawalan untuk menukar antara tiga mod pemanduan dengan mudah: Normal, Sports dan Eco-drive.
Teks/Foto: ETCM
-Mak Uia-
11 comments
Skip to comment form
ni klu wat kete polis kt malaysia ok gak nih.
yg aku yak suke depan dia tu…
cam badot umur pertenghahan….
hahahahahaha
boleh la….
mati idea nak tulis….
dua pintu je?
dah lama tak dengar nissan kuar keta turbo.
juke… kelihatan joke…
Jukebox…haha…
4 pintu..pintu blkg ala2 alfa..
lampu belakang cam peugout….
eja peugeot pun salah…hahaha…sengal tul aku ni..
kat singapore keta ni da ada atas jln….
ha betul kat sg dah ade, saya keje kat sg n dah test kawan punyer.dua pintu?haha actually 5 pintu la masuk bonet blkg,tapi pintu belakang mcam tersorok sbb tu nampak 2 pintu,ade member nak naik tak jumpa tmpt nak bukak pintu blkg, mati2 ingat 2 pintu…juke turbo mmg kelas