Memandangkan hari ini hari terakhir bekerja, mood nak menulis pun tak berapa nak datang. Tapi demi untuk tidak menghampakan Sekutu yang begitu rajin membuka laman sesawang GearTinggi.com [saja tulis nama penuh nak bagi panjang entri] saya gagahkan juga menaip cerita tentang kereta.
Baru-baru ini Nissan Juke Edisi Terhad telah diperkenalkan untuk tatapan umum. Antara ciri-ciri edisi terhad yang ditampilkan pada Juke berwarna Hitam atau Kuro dalam bahasa Jepun adalah rim aloi yang berwana hitam ‘gloss’ dan juga plak bernombor di konsol tengah yang mana hanya 700 unit sahaja untuk pasaran United Kingdom.
Pun begitu, walaupun temanya adalah hitam, tetapi terdapat 2 warna yang ditawarkan untuk edisi terhad ini, Pearl Black dan juga Force Red.
P/S: Selamat pulang ke kampung buat semua Sekutu. Ingat, kelajuan tidak pernah membunuh. Kelalaian yang sering menjadi punca membunuh. Sekian.
11 comments
Skip to comment form
gua pers. yeah.
Ceh Mat Pon
Anyway gua nak mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada semua SKRU & SEKUTU GT.com…Kalo memandu waktu balik kampung nnt gua nak pesan satu jer…Pandu dgn cermat, Ingatlah orang yang tersayang…
x der kompeni kete jual kete edisi raya ker…
kot ader Persona R.E ker (raya edisen)
Author
ah matpon..sibuk sangat main mercun sampai GT terabai..kehkehkeh
gua skrg tgh post message geartinggi.com kat bawah pokok durian kek kampung di seri menanti Philahdelphia … canggih tak? internet powerr tuuuuu
Sepat…canggih & hebat…hehehe
rim die mcam neo CPS tpi tembak kaler itam..hoho
Base engine size: 1.6 L
Cam type: Double overhead cam (DOHC)
Cylinders: inline 4
Valves: 16
Valve timing: Variable
Direct injection
Torque: 177 ft-lbs. @ 2000 rpm
Horsepower: 188 hp @ 5600 rpm
Turning circle: 36.4 ft.
Base engine type: gas
1.6 -> 188 hp!! ngam?
so tan chong kasi menatang ini rega rm130k ke?
hrp2 sma rega jazz..minat sgt design alien juke ini…rare
versi terbo juke ni woo…
skali tgok cam katak
ok min selamat hari raya. gua dah maafkan yg lu slalu kutuk gua. 10q.