KUALA LUMPUR (10 Julai 2012) – Dengan pelbagai anugerah seperti Anugerah Industri Auto Asian Auto-VCA untuk kategori “MPV Nilai Terbaik Untuk Wang” dan “MPV Terbaik” oleh majalah Stuff, model Nissan Grand Livina kini merupakan salah satu MPV paling popular di Malaysia sejak pelancarannya pada 2007.
Tahun ini, MPV bukan nasional paling laris ini menerima lebih daripada sekadar facelift atau penambahbaikan luaran tetapi juga aspek penting daripada AUTECH. Bagi mereka yang mengetahui, AUTECH adalah syarikat penalaan profesional bagi kereta-kereta Nissan dari Jepun.
Grand Livina AUTECH yang serba baru ini mengekalkan enjin 1.8-liter MR18DE manakala kini didatangkan dengan jeriji depan krom yang besar disusuli bamper depan baru juga dengan kemasan krom. Nissan Grand Livina AUTECH kini tampil dengan rim roda aloi AUTECH 15-inci 6-mata. Penampilannya lebih mantap dengan kemasan intan, dengan tekstur berwarna logam (gunmetal) pada setiap mata. Model dipertingkatkan ini juga menampilkan warna baru Bronze Gold dan tapisan filem tingkap V-Kool Solargard Armorcoat. Jata AUTECH tertera pada bahagian lampu belakang, menyempurnakan perubahan luaran.
Kabin dalaman juga telah dipertingkatkan dengan cita rasa kemewahan dalam sarung kulit berwarna perang atau hitam beserta sistem bersepadu multimedia dan navigasi iaitu paparan sentuh 6-inci petunjuk GPS dengan kamera mengundur, pemain DVD, USB dan sambungan Bluetooth selain paparan LCD 10.2” yang dipasang pada bumbung, sebagai pilihan. Ia membolehkan penggunaan bebas tangan telefon bimbit bagi pemanduan lebih selamat dan juga membolehkan penumpang mendengar koleksi muzik peribadi untuk menikmati perjalanan yang lebih menyeronokkan.
Pelancaran Nissan Grand Livina AUTECH baru ini juga seiring dengan musim ‘balik kampung’. Dikenali kerana pemanduan ala-sedan, perjalanan yang lancar dan pengendalian semasa menempatkan tujuh penumpang dengan selesa; ia adalah kenderaan yang tepat untuk diguna pulang ke kampung pada musim cuti.
Mengulas pelancaran varian terbaru tersebut, Dato’ Dr Ang Bon Beng, Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) berkata, “Pasukan inovatif di AUTECH bukan sahaja telah memberi penambahbaikan luaran terhadap Grand Livina tetapi juga meningkatkannya bagi memenuhi personaliti dan gaya hidup pemandu hari ini. Dan dengan sambutan Hari Raya tidak lama lagi, ia adalah kenderaan ideal untuk pulang ke kampung dengan selamat secara bergaya.”
Harga atas jalan bagi Nissan Grand Livina AUTECH baru ini bermula daripada RM105,800.00 (Semenanjung Malaysia) dan kini boleh diuji pandu di semua bilik pameran ETCM di seluruh negara. Dan jika anda tidak sabar untuk memilikinya, datanglah ke kompleks membeli-belah One Utama (Concourse, New Wing) pada 11-15 Julai untuk mengesahkan pembelian MPV ditala AUTECH yang eksklusif ini.
7 comments
Skip to comment form
ok ker autech ni frenz???
konpius either autech or impul gl….
pliz advice….
bumper depan cam bumper exora bold je
Aku nampak iras-iras Avanza baru jek depan dia….
huduh
belum lg joe… pening dah sebenornya, terlalu banyak cadangan dan pilihan berdasarkan semua faktor2 yg dipertimbangkan. cefiro a33 org tua, civic es, accord cf, mazda 6 2005, sentra n16, altis 1st model, vios 2nd model, myvi 1.5, swift 2nd dan yg terbaru, fiesta lx manual… pening dan terus pening… nak cr highway cruiser ni, weekend car from tg malim-jaybee, boleh tlg?
jeriji depan ala2 honda yg baru ar
ok ke, safe ke minyak klu dr jb ke kl ke perak, bwk anak cucu ok ke , confort x, tlg bg tau yang dah pakai, nak beli ni,,,,