Di GT kami sentiasa menyokong teknologi mesra alam dan seksyen khas iaitu Teknologi Hijau diwujudkan bagi menzahir sokongan ini. Kita wajib untuk menjaga alam sekitar dan mengelak dari merosakkan alam tambahan pula teknologi mesra alam dibangunkan untuk mengurangkan penggunaan minyak – sumber yang menjadi perebutan umat manusia masa kini. Selain dari itu bayangkan jika teknologi menjadi lebih maju hasil sokongan pengguna dan akhirnya nanti masing-masing dari kita dapat menjimatkan perbelanjaan hasil dari kurangnya penggunaan fosil dinosaur ini.
Pembuat kereta Jepun boleh dikatakan mendahului pembuat kereta negara lain dalam teknologi hijau. Tebaru Yamato Transport dan Mitsubishi berkerjasama untuk melakukan ujian lapangan dalam kerja-kerja memungut dan menghantar surat menggunakan prototaip kenderaan komersil ringan elektrik yang dibangunkan oleh Mitsubishi. Untuk tujuan ini, mereka akan menggunakan model Minicab yang dikuasakan oleh sistem dan komponen sama yang terdapat dalam model i-Miev. Hasil daripada kajian ini akan digunakan oleh kedua-dua syarikat dengan Yamato untuk operasi hariannya manakala Mitsubishi pula mensasarkan untuk membawa kenderaan komersil ringan elektrik ke pasaran secepat mungkin.
Perkembangan dalam negara pula, kerajaan kini sedang berbincang dengan Proton untuk menggunakan kenderaan hibrid mereka sebagai ujian dan perintis.
Sumber Mitsu & Yamato: Newspress
-Mak Uia-
6 comments
Skip to comment form
komersilkan balik Proton Juara tu..
bestnya kalo dapat beli prius ….apsal regenya mahal ar…..tak hijau langsung regenya..
knp aku bca artikel ni rsa x sedap je
kenapa aku suke juara tapi org ramai kutuk juara?
juara best gak..lampu blkg mcm skyline..
juara best apa..lampu blkg mcm skyline..