Memandangkan Mazda agak kurang aktif dalam dunia sukan permotoran arus perdana, salah satu cara untuk menebus kembali agar jenama Mazda ini tidak dilupakan begitu sahaja adalah melalui penajaan. Untuk itu, Mazda telah bersetuju untuk menaja Litar Donington Park sebagai kenderaan rasmi bagi musim 2012. Deretan jenama Mazda seperti Mazda 3, Mazda 6 dan tak lupa juga CX-7 akan dibekalkan untuk kegunaan di litar yang terletak di Midlands.
Kereta jenama Mazda ini akan digunakan sebagai kereta keselamatan, perubatan dan tak lupa juga untuk mengangkut mana-mana Datuk dan Tan Sri [VIP] Cawangan UK keluar-masuk di kawasan litar.
Menurut kata Pengarah Mazda UK Graeme Fudge, Litar Donington Park memerlukan kenderaan yang boleh dipercayai dengan pengendalian yang responsif, penggayaan yang sporty serta keupayaan prestasi untuk memandu bagi penggunaan dalam dan di luar trek, yang mana ianya dimiliki oleh kenderaan jenama Mazda.
Selain dari itu, litar ini akan turut dijadikan sebagai trek utama untuk menguji jentera lumba Mazda, MX-5 GT bagi tahun 2012 dimana kereta lumba ini telah bertanding dalam Kejohanan Pengeluaran Britcar Dunlop GTN bagi musim 2011.
–C27-
Sumber: Newspress
3 comments
Mazda msia offer gua jadi driver safety car donnington park.. gua tgh mohon cuti setahun nak kesana nanti lepas new year.. sekian
Sepat : gua bangga jadik kawan lu…hehehe
sepat,kalo ade nak pakai driver lagi contact gua…
gua join lu…