Mazda CX-5: SUV Kompak Serba Baru

020811                  

Jenama Mazda kalau diikutkan tidaklah segah saudara-mara beliau dari Jepun, seperti Honda dan Toyota. Katalog produk mereka pun tidaklah sampai bermuka-muka surat. Tapi tahukah anda, bila mana situasi seperti ini terjadi maka secara tidak langsung para Jurutera Mazda mempunyai masa yang lebih untuk mereka bentuk dan menghasilkan kereta yang lebih berjiwa kereta. Contoh yang paling mudah adalah Mazda 6 dimana ianya turut digilai oleh Baii dan juga Sepat.

Dan sekali lagi, Mazda memperkenalkan model terbaru mereka, CX-5, SUV kompak yang serba baru baik dari segi chasis, enjin, mahupun transmisi di mana ianya dibina berdasarkan penemuan SKYACTIV TECHNOLOGY. 

CX-5 ni dibina berdasarkan tema ‘KODO – Soul of Motion’ [payah pula nak terjemah dalam Bahasa Kebangsaan]. Bunyinya macam pelik. Tapi itulah, bila mana Mazda memperkenalkan model baru, sudah tentu ianya akan kelihatan sangat menarik. Tema unik ini termasuk dengan perubahan pada muka bentuk hadapan yang menampilkan rupa Mazda yang lebih berani dan lebih penggayaan dinamik. Tema berjiwa KODO ini adalah produksi yang pertama selepas ditampilkan pada kereta konsep Mazda SHINARI.

020877

Untuk spesifikasi Eropah, CX-5 ini yang akan mempertarukan SKYACTIV-G Mazda 2.0 untuk model enjin petrol dan SKYACTIV-D 2.2 untuk model enjin diesel yang boleh didapati untuk varian Kuasa Standard mahupun varian Kuasa Tinggi. Kedua-duanya mempunyai nisbah mampatan 14:01 untuk memastikan penggunaan bahan bakar yang lebih cekap.

Jurutera Mazda turut memberikan tumpuan untuk mencapai prestasi alam sekitar yang luar biasa untuk SUV kompak ini di mana pengeluaran CO2 disasarkan kurang daripada 120g/km untuk model SKYACTIV-D 2.2.

Adik kepada CX-9 dan CX-7 ini akan dipamerkan di Frankfurt Motor Show 2011 pada September nanti bersama dengan model Mazda 3 yang telah dinaik taraf.

Sumber: Newspress

-C27-

Silakan kongsi:

8 comments

Skip to comment form

    • sepat on 04/08/2011 at 1:41 PM
    • Reply

    Wow, bulan ni kompom azmin dpt duit raya dari baii.. Sorry gua boleh bagi kuih raya aje itupun kalau ada kehkehkeh

    Apa pun mazda6 terbaik

    • Alteja on 04/08/2011 at 2:22 PM
    • Reply

    Walaupun Mazda terkenal dengan pengeluaran model “ikut suka sendiri” (sebagai contoh penghasilan kereta sukan murah yang mahal, Mazda RX8), penghasilan model CX-5 ni menunjukkan Mazda semakin mengikuti juga permintaan semasa. Kerata ni akan menjadi saingan SUV Kompak lain sepeti Suzuki Grand Vitara dan lain-lain selari dengan Mazda5,6, 8 & 3 yang bersaing dengan model seangkatan dari jenama lain.

    Apapun, aku berkenan dengan sangat dgn CX9, hanya duit menjadi penghalang.

    • jabroni on 04/08/2011 at 4:19 PM
    • Reply

    gua mengkagumi mazda furai…

    • DaihatsuKancil on 04/08/2011 at 5:03 PM
    • Reply

    Teringat awek lame gua… name dier Mazni… xde kene mengene dengan Mazda…

  1. dengar2 cerita dari member aku yang dah pakai mazda,body diorang memang solid dan tahan lasak,tak mudah kemek

    • belalang_kontot_dalam _kenangan on 05/08/2011 at 3:26 PM
    • Reply

    gaya lampu depan ada jiwa mitsu ASX je mcm bile gua tenung lame2…

  2. Gua minat Mazda MPS…tp rege plak yg buat gua pikir 10 kali

    • hasang on 08/08/2011 at 5:39 PM
    • Reply

    baby merz bebudak french Connection… mana perginye deorang?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.