Generasi keempat Nissan March serba baru dilihat berada di landasan tepat untuk mencipta satu set standard industri yang baru. March secara konsisten menerima pujian dan kejayaan di Eropah, Jepun dan pasaran seluruh dunia yang lain.
Ia meraih reputasi sebagai sebuah kereta kompak yang boleh dipercayai, bergaya dan mampu milik yang boleh dinikmati oleh pelbagai kategori pengguna. Enjin tiga silinder 1.2 liter yang baru dibangunkan itu dipadankan bersama transmisi automatik. Ia berupaya mencapai penjimatan bahan api yang menerajui kelasnya.
Mengekalkan dimensinya yang kompak, kereta baru ini bagaimanapun sedikit panjang dan rendah secara marginnya. Manakala tapak rodanya yang panjang membolehkan ruang dalamannya lebih luas.
Sumber: ETCM
-Mak Uia-
5 comments
Skip to comment form
cantekk…mau tergugat myvi klau jual paras harga sama ni…
jual kat malaysia x?
ade dah jual aku rasa…tp mahal lg drpd Myvi
hahahha….
nasib baik…
kalo tak abis sepat….
isyh…keciknye enjin…cam savvy plak 1.2….