Lotus Racing Adalah Team Lotus!

Lotus Racing Itali 2010.01

Pertama 1Malaysia F1 Racing Team, kedua Lotus Racing, terbaru dan kekal selepas ini ialah Team Lotus. Nama memang memainkan peranan penting dan sampai sekarang masih ada suara-suara yang tidak setuju dengan Lotus Racing sebab saya rasa ianya bukan tim kilang Lotus tambahan pula dimiliki oleh rakyat tempatan. Kalau ada yang skeptik tu perkara biasa.

Pada Formula Satu musim 2011, nama Lotus Racing akan dihapus dan digantikan dengan nama yang cukup ikonik dan bersejarah iaitu Team Lotus, jenama asli perlumbaan Lotus yang diasaskan oleh Anthony Colin Chapman dan banyak memenangi perlumbaan kereta di serata dunia.

Kumpulan Tune milik Tony Fernandes dan Kamarudin Meranun telah berjaya memiliki Lotus Ventures Ltd, syarikat yang mempunyai hak ke atas Team Lotus yang diketuai oleh David Hunt. Nasib Team Lotus mungkin bertambah baik musim hadapan jika cakap-cakap mereka akan menukar pembekal enjin dan kotak gear kepada Renault menjadi kenyataan.

Sumber: Lotus Racing

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

14 comments

Skip to comment form

  1. Nama tak penting…yg penting kejayaan dicapai

    • Sekeru Longgaq on 25/09/2010 at 10:14 AM
    • Reply

    Ape yang penting…kerjasama….
    Ape yang penting…kerjasama….

    1. gua dh kuyuuuu

    • Joule on 25/09/2010 at 3:24 PM
    • Reply

    Ayuh goyang duyu..

    • azwan nbs on 25/09/2010 at 3:47 PM
    • Reply

    cite mamanjang tapi menang tidak…
    hampeh…

  2. Azwan nbs

    Dengan bajet kecil susah untuk menang, kita perlu realistik dan harus belajar bagaimana Tony, Kamaruddin & Nasa mengetuai tim yang terdiri dari pelumba ternama dan warga kerja mat saleh. Formula Satu bukan setakat menang lumba sahaja tetapi banyak lagi benda yang kita boleh belajar.

    • jeremy on 25/09/2010 at 5:16 PM
    • Reply

    proton own company Group Lotus is getting involved in GP2 next year with the top team ART.

    • belalang_kontot on 25/09/2010 at 9:03 PM
    • Reply

    kite belajar dan terus belajar…
    baru leh bejaye…

    • 5ruz on 26/09/2010 at 2:29 AM
    • Reply

    Yang penting Go Proton & Lotus ke arah kejayaan…

    • 5ruz on 26/09/2010 at 2:30 AM
    • Reply

    By the way Jeremy Clarkson sent a comment?

    • Dexter on 26/09/2010 at 2:24 PM
    • Reply

    Better than partnership with Mitsubishi. Ada satu engineer PROTON ni citer masa dia pegi kursus kat Jepun dulu, engineer dia punya la sengkek/kedekut nak kongsi ilmu dia dgn engineer kita. Tapi, bila dapat tau engineer kita pun ada knowledge yg bagus, berebut2 diorang mintak ajar

  3. apa cerita berita hari ni aku tak berapa clear lah pasal proton nak tarik diri dari penajaan F1 team lotus?

    • belalang_kontot on 28/09/2010 at 10:29 AM
    • Reply

    gua baru nak tanye…dari pemahaman gua, pengerusi proton tak puas ati sebab tony fernandes tukar name team F1 die jadi lotus team tanpa kebenaran…sebabnye adelah brand lotus adalah milik proton dan tony perlu dapatkan kebenaran proton.cam membelakangkan proton la sebagai pemilik lotus kalo tukar sesuke hati…betul ke ek ape yg gua paham?mat uia..tolong siasat…harap matpon, makin gaji bute je die…hehe

    • amar zaphire on 01/10/2010 at 1:13 AM
    • Reply

    jeremy clarkson ade,,,lady hammond dgn james may je xde,,,

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.