Lexus IS Baharu: BMW 3 Series Beater?

Pasaran kereta mewah walaupun berada di dalam kategori niche sebenarnya mempunyai persaingan tersendiri. Bahkan pasaran itu merupakan lubuk mencari duit di mana margin keuntungannya lebih tinggi. Hairannya, bagaimana mahal sekali pun harga sesebuah kereta masih ada yang mampu membelinya. Lihat sahaja jumlah kereta-kereta mewah seperti BMW, Mercedes, Audi dan lain-lain yang setara menjalar di atas jalan raya. Hairan juga dari mana pemiliknya mempunyai duit sebanyak itu. Namun kebelakangan ini suasana kereta mewah yang banyak didominasi oleh pengeluar Eropah dihakis sedikit demi sedikit oleh pengeluar Jepun. Lexus dan Infiniti yang masing-masing dimiliki oleh Toyota dan Nissan mempunyai produk yang bersaing secara terus dengan model-model mewah keluaran Eropah. Kereta mewah Jepun mempunyai tarikan tersendiri iaitu ketahanan dan kelasakan yang sudah terbukti dan diperakui oleh umum. Tambahan pula, kos penyelenggaraan kereta Jepun lebih murah.

Baru-baru ini Lexus mengumumkan model IS baharu yang dilihat sebagai pesaing utama BMW 3 Series. Lebih menarik ada dua varian iaitu IS 300h yang merupakan model hibrid penuh dan IS 250 yang dikuasakan olehl enjin petrol. Kedua-dua varian tersebut adalah pacuan roda belakang dan bakal dipasarkan di dalam pakej F-Sport. Pemilik kereta mewah kebiasaannya tergolong di dalam kategori yang sukakan pemanduan menyeronokkan dan menyedari hakikat itu, Lexus membangunkan IS supaya sedap dipandu selain daripada rekabentuk yang sangat menonjol.

โ€œSetiap aspek di dalam IS baharu ini telah dibangunkan dengan fokus kepada prestasi, pengendalian, tindak balas yang tepat untuk pemandu dan komunikasi yang berkesan di antara pemandu dengan kereta,โ€ kata Junichi Furuyama, Ketua Jurutera IS.

Dalamannya mempamerkan kualiti Lexus dan perincian dan ciri-ciri yang banyak fokus kepada pemandu. Bukan setakat itu, IS baharu juga mempunyai bonet belakang yang lebih mesra pengguna dan ruang penumpang belakang yang didakwa sebagai terbaik di dalam kelasnya.

Daripada segi luaran pula, IS diinspirasikan oleh Lexus LF-CC concept dan mempunyai gril trademark baharu Lexus yang dipanggil Spindle yang nampak begitu ekstrem dan menonjol. Apa yang ingin disampaikan ialah kuasa, elegan dan identiti jenama yang lebih kuat. Dipandang dari sudut profail, IS nampak seperti ruang kabinnya ditolak ke bahagian belakang manakala garisan badan dari bawah meningkat naik ke atas ke kluster lampu yang memberi efek elegan dan dinami. Selain daripada itu, di bahagian depan ialah rekaan lampu baharu manakala lampu DRL signatur Lexus berbentuk L pula nampak seolah-olah ditanam di dalam bamper.

Rekaan dan hasil pada bahagian kabin nampak kemas serta elegan dan katanya kerusi pemandu lebih selesa dan dengan sokongan lateral yang lebih baik.

IS baharu disasarkan untuk menjadi sebuah kereta dengan pemanduan terbaik di dalam kelasnya di mana setiap aspek pengendalian dibangunkan ke arah matlamat tersebut. Antara kaedahnya ialah penggunaan kimpalan skru laser baharu dan teknik lekatan badan yang mana apabila digabungkan dengan kimpalan spot akan meningkatkan lagi ketegaran badan. Set suspensi depan double wishbone pula disemak semula manakala sistem multi belakang pula adalah sama seperti generasi baharu Lexus GS.

Untuk pemandu terdapat tiga seleksi pemanduan iaitu Eco, Normal dan Sport. Pemandu boleh memilih mana-mana mode yang disukainya sama ada untuk ekonomikal, keselesaan atau pun prestasi. Menguasakan IS 250 ialah enjin V6 petrol berkuasa 204bhp yang memacu roda belakang. Manakala model hibrid IS300h pula mengabungkan motor elektrik berkuasa dengan enjin 2.5 liter yang baru dibangunkan. Enjin tersebut dilengkapi sistem pancitan D-4S, Dual VVT-i intelligent variable valve timing dan sistem Exhaust Gas Recirculation dengan output kuasa 217bhp.

Lexus adalah jenama mewah yang penting untuk Toyota berada di dalam setiap kategori masyarakat. Toyota mungkin berjaya meraih jualan pasaran kereta mewah namun masih tidak segah jenama Eropah. Persepsinya ialah walaupun berjenama Lexus tetapi masih berkongsi teknologi dengan Toyota. Ibarat membeli sebuah Toyota tetapi pada harga yang lebih mahal. Benar ada perbezaan antara Toyota dan Lexus tetapi antara salah satu sebab jenama mewah Eropah kuat ialah produknya mempunyai karakter. Lexus perlu mencari dan mempunyai karakter tersebut.

Newspress

@muhd_gt

Silakan kongsi:

5 comments

Skip to comment form

    • Smut_liar on 25/01/2013 at 10:35 PM
    • Reply

    Petikan ayat ayat power….

    Hairannya, bagaimana mahal sekali pun harga sesebuah kereta masih ada yang mampu membelinya.

    Hairan juga dari mana pemiliknya mempunyai duit sebanyak itu.

    dunia ini mmg tak adil….

    • jabroni on 26/01/2013 at 12:15 AM
    • Reply

    Hairannya, bagaimana mahal sekali pun harga sesebuah kereta masih ada yang mampu membelinya.

    Hairan juga dari mana pemiliknya mempunyai duit sebanyak itu = kerja keras seumur hidup.

    • beejan on 29/01/2013 at 9:30 AM
    • Reply

    Hairannya, bagaimana mahal sekali pun harga sesebuah kereta masih ada yang mampu membelinya.
    Hairan juga dari mana pemiliknya mempunyai duit sebanyak itu = kerja keras seumur hidup, pun masih x mampu beli saga FLX ๐Ÿ™‚

  1. Hairannya, bagaimana mahal sekali pun harga sesebuah kereta masih ada yang mampu membelinya.
    Hairan juga dari mana pemiliknya mempunyai duit sebanyak itu = kerja keras seumur hidup, pun masih x mampu beli saga FLX ==

    duniawi semua tuh kehkehkeh ๐Ÿ˜›

    • audi on 06/02/2013 at 1:30 PM
    • Reply

    Its not 3series beater..it has its own class.. Perghh.
    Skang ni mn edisi TAS 2013? tak sbr nk bli dh ni..ha ha

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.