Konsep Juke Nismo Pula

Sedang ramai orang sibuk memperkatakan tentang Juke-R, kali ini giliran Nissan Juke untuk ditampilkan pula sebagai Konsep Juke Nismo.  Lebih rendah dan laju dan juga lebih dramatik. Itulah karektor yang ingin diperkenalkan kepada Juke Nismo ini.

Sama seperti Juke-R, versi Nismo ini turut dilengkapi dengan kit badan yang melebar bagi tujuan meningkatkan penampilan serta kecekapan aerodinamik. Juke Nismo ini turut dilayangkan dengan warna tema Nismo, Putih Mutiara sambil disulami [perh, ayat sastera ni gua guna] dengan warna merah sebagai penyeri di beberapa bahagian. Rim aloi bersaiz 19 inci yang kacak turut dipadankan bagi mendapatkan cengkaman yang lebih baik.

Enjin bersesaran 1.6 liter turbo suntikan terus digunakan bagi meningkatkan lagi kuasa dan prestasi ketika sedang ber-resing. Manakala, casisnya pula telah diperkukuhkan dan direndahkan bagi mengelakkan orang ramai mengutuk akibat kelihatan jinjang.

Menurut Presiden Nismo, Shoichi Miyatani berkata sebagai menunjukkan kereta Konsep sebegini, Nismo membawa satu tahap keperibadian yang  baru untuk kereta arus perdana Nissan seperti Juke. Masa depan untuk NISMO adalah untuk membangunkan reka bentuk kereta sport premium untuk pelbagai pelanggan yang semakin meluas. Walaupun Juke Nismo ini tidak kelihatan terlalu radikal seperti mana Juke-R, namun kalau tengok pun orang memang dah boleh tahu bahawa kereta ini memang kelihatan garang.

Sumber: Newspress

C27-

 

 

 

Silakan kongsi:

4 comments

Skip to comment form

    • perdanaburuk on 01/12/2011 at 12:15 PM
    • Reply

    Front look nismo ni mmg garang n ganas. Antara enjin 1.6 plg superb d dunia ni bro. Bila 1.6 campro pekak tu nk jd mcm ni….. Asyik focus kat facelift baru aje. Enjin tiada improvement lgsg. Untung berbilion RM…….

  1. Smart…ade masuk Malaysia ke ni?

  2. Power. Internet using GPRS.

    • belalang_kontot on 07/12/2011 at 9:53 AM
    • Reply

    Eh matpon.
    Lu dah pindah duk skali ngan Bard ke?
    Kalo dah tau ade line GPRS je, g la McD…
    Hehehehe…..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.