Proton menampilkan lima kereta konsep pahlawan Melaka iaitu Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu dan Kasturi pada KLIMS 2010. Konsep-konsep tersebut adalah model sedia ada dan masa hadapan grup Proton. Model yang agak hampir dan realistik untuk diproduksikan ialah Tuah yang diura-urakan sebagai pengganti Persona. Gayaannya segar dengan fasia depan menampilkan bahasa desain baru Proton, format badan lebih kepada coupe tetapi perkadarannya [proportion] cantik dan seimbang, saiznya sederhana, tidak besar dan tidak kecil.
Proton Persona baru akan menggunakan enjin Proton dengan pengecas turbo yang turut dipamerkan di KLIMS. Selain daripada sedan, chasis ini juga mempunyai potensi untuk dijadikan sebuah lagi model iaitu pengganti Gen.2.
Proton Persona R [Replacement] dijangka dikeluarkan pada tahun 2012.
-Mak Uia-
18 comments
Skip to comment form
dpn mcm kia forte/civic fd.. belakang mcm galant ..pandai tak saya
Betul-betul-betul.
pandai sepat,anak sapa la ni.
p/s:copy paste lagi
Lawa keta nih!!!!! Tapi klu kuar tahun dpn ada kaco Inspira nyer Sales ni…..(bile nak kuar Putra nye Replacement)
mak keta nih C segment ker…?
Author
Iya, segmen C, lebih kurang Persona sekarang.
menarik …dah mcm Civic FD…bape rege?
info dari blog funtastiko design:
Ini merupakan proses design bagi Proton TUAH@ESPIRE Concept bermula dari lakaran kasar yang berinspirasikan muka harimau sedang mengaum. Kalau tengok lakaran yang mula-mula memang menarik & lakaran ini telah dibuat oleh Zaf salah seorang senior designer kat Proton. Siap tulis PR Project, ada kemungkinan ia bermaksud Persona Replacement Project bertarikh April 2009. Maknanya ini ada proposal dari Proton Design sebelum DSZ buat keputusan untuk hantar ke ItalDesign untuk dikemaskinikan kerana Persona R ni kan “global car”. Kena la buat kaw2 sikit, tak gitu
design proton dah makin canggih lah…
cuma dr segi Quality tu yg agak menghampakan.Mcm inspira lah wa dah g tgk mmg cantik dr jauh. tp bile dekat ad sedikit kecewa dr segi interior materials,painting work, joint panel to penal… ad kurang perincian dr sudut tu. harap Proton boleh perbaiki lg…
pergh…semart siottttt…..proton dah mengganas…
p/s:sepat memang pandai!gua syak lu ni sepat mesti “orang dalam” ni…hampir sume info lu bagi betul…
aduhh…vendor banyak korek idung ni.. nk cut cos, trus guna material murah… proton pn mgg suka bnda2yg cut cos nih…
(nk cut kos, ble…cume pada tmpat2 yg penting tu kena la maintain kualitiya.. jgn compromi… n jgn plih bulu antara vendor2.. mane yg xbgus, cantas truss… nk maju, kne bg kepusan n kyakin kt pengguna…sbb yg membeinya KAMI… brula mantopp nti)
Peace… no war Korea brothers…(matpon suh gua tulis..hoho)
mmg baik wok kete ni…
ley suro bpak aq jual exora then mek kete ni..
macam Forte pun ada gak..tapi semart,semart..
Eleh lu jgn terpedaya ni semua konsep aje. Ekekekekek.
wa skong dgn lu mat…
dpn cam audi,blkng cam 3siri.cun2
ssyyhh ssyhh jgn laa bising nanti gua susah nak cari makan … ini eksklusif utk GT.com kih kih kih..
sepat:hehehe
aku antara manusia yg paling x berapa berkenan dgn design proton sejak ‘bercerai’ dgn mitsubishi.tapi yg ni cantik gila.cedok sikit2 kereta lain sbgi insipirasi takde hal,yg penting cantik dan boleh jual.buat design pelik2 x guna.klu cantik takpe,klu hodoh x laku.cuma nama tu pelik sikit la.mcm lori TUAH la pulak