Sebelum ini saya ada tulis pasal superbike Suzuki, untuk entri kali ini kita layan motor Ducati yang berasal dari Bologna, Itali. Motosikal yang dipaparkan kali ini adalah barisan model 2010 yang dipasarkan di UK. Saya tak pasti sama ada model-model ini akan dibawa masuk ke dalam negara atau tidak. Tanpa membuang masa jom kita beramah mesra dengan Abang-abang Ducati.
Ducati 848 Dark
- Tak banyak maklumat yang diberi dalam emel cuma ditulis ialah harganya GBP 9,995 dan turut disertakan sekali dengan harga tersebut ialah set lengkap menunggang atau nama penuhnya Ducati Corse Riding Gear Set. Dalam set tersebut ialah sut kulit Ducati Corse, topi keledar Arai Chaser, sarung tangan Ducati Corse, kasut Puma dan pelindung belakang Dainese-Ducati.
Ducati 1198 Corse Limited Edition
- Tangki minyak superbike edisi terhad ini adalah replika kepada tim lumba Ducati. Selain dari itu, grafiknya adalah sempena ulangtahun Ducati Corse dan turut dilengkapi pada motosikal ini ialah Ducati Traction Control. Pakej motosikal juga didatangkan dengan Ducati Corse Gear, hari litar Ducati di Silverstone dan jemputan ke perlumbaan WSBK.
Ducati Hypermotard 1100 Evo/Evo SP
- Keluarga Hypermotard Ducati semakin berkembang dengan dua opsyen untuk pasaran iaitu Hypermotard 1100 Evo dan Hypermotard 1100 Evo SP. 1100 Evo dengan berat kering 172kg berkuasa 95 kuasa kuda dengan kuasa tujahan 102Nm dari enjin 1100 cc Desmodue Evoluzione L-twin. Rim 17 inci pula dipadankan dengan tayar Pirelli Diablo Rosso dan kuasa motor dihentikan dengan brek berkembar Brembo 4 omboh dengan cakera bersaiz 305 mm di hadapan dan 245 mm untuk cakera belakang.
- Ducati Hypermotard Evo SP pula untuk mereka yang mahukan pengalaman memandu yang lebih ekstrim. Evo SP mempunyai kelegaan bumi yang lebih, suspensi lebih elok dan lebih ringan. Sepit udangnya adalah jenis boleh laras 50 mm Marzocchi manakala penyerap hentak dari Ohlins. Rim nya pula dari Marchesini dengan tayar Z-rated Pirelli Diablo Supercorsa SP. Hypermotard ini turut dilengkapi dengan Ducati Data Analyser [DDA] termasuk perisian komputer dan kemudahan USB untuk menganalisa prestasi penunggang dan motosikal.
- Harga 1100 Evo adalah € 11,700 manakala Evo SP pula € 14,000.
Industri automotif tempatan perlu juga disokong dengan industri motosikal tempatan yang maju. Seperti jenama-jenama besar dari Jepun dan Hyosung dari Korea. Dulu kita ada MV Agusta.
Sumber: Newspress/Ducati UK & Faster and Faster.net
-Mak Uia-
23 comments
Skip to comment form
Gue 1st
klu hrga die paras2 kawasaki er6-n @ z750…gua angkt sbijon!!
hihihi
Dua kati nie kalo kt Malaysia buleh tengok je. herga buleh beli rumah teres.
Ni rege confirm boleh apartment sebijon kalo kat KL…huh gilos…
knpla menteri kite bangang
natang cenggini brg eksotik
jadah ape mat!!!
Okla harga dia. Kalau ikut average exchange rate sekarang Euro : RM, tak silap aku Euro 1 : RM4.5727. Jadi, rega 1100 Evo di Malaysia (tanpa AP, cukai dll) RM53,500 & rega Evo SP kat Malaysia RM64,018. Tapi, lesen aku B2 je…..
baik beli keta..
peggghhhhh….!!!!!!
betol tu….
superbike yg mampu pakai, kawasaki je la……
feberet gua nih.. rumah setinggan pun takpelah asalkan moto gua ducati.
Kumbang.. yang kau kira tu dah darab dengan Cukai lum..
aku congak2 mcm kne darab tiga lagi..
maka.. Harga yang kumbang kira x 3 = Mahal Gilatuuut..
gua g kije naik bus je lg jimat
“hari litar Ducati di Silverstone dan jemputan ke perlumbaan WSBK.”
pehhhhhhhhh. package sehhhhhhh
laju ni moto ni..masuk je gear dua standby mengucap dulu..
Macamana motor ni boleh berdiri tak ada tongkat? Ah ni semua tipu
matpon jeles..uuuuu….
beli skuter aje mampu laa aku gamaknye huhuhu
pada zaman pemerintahan tun lah dulu mv agusta telah dijual dengan harga 1 dolar tunaiiiiiiiiiiiii….. apasal la waktu dowg jual tu xwat open tender, kalu x mesti dah ramai berebut nak beli, termasuk aku sekali…
aku mampu meminatinya ja lah…nak beli jauh sekali..kenapalah najib mansuhkan duty tuk kete padang golf tu ja,klu semua kan best….tp klu dia mansuhkan jugak aku x mampu beli g kot…hahaha
first2..bli sidemiror,lps tu bli footrest plak,pstu bli handgrip plak…kalo mcm nie..smpi aq dpt cucu pn blum tntu dpt moto nie!!!
kalo berminat nak beli ducati call sya 0176038708….
sy wanny umo baru 20 ….sooo kalo btl berminat nak jual just call
mana gambaq nih.x nmpak pown