Keputusan: Petronas Juara Super Taikyu!

mmerace-36

Pada 28 November lepas PETRONAS Syntium Team berjaya mengharumkan nama negara di negara matahari terbit, Jepun dengan menjuarai Super Taikyu Endurance Series musim 2009. Lebih membanggakan lagi pemandunya adalah Fariqe Hairuman, seorang rakyat tempatan.

Dengan kemenangan berganda dalam 2 pusingan perlumbaan yang berlangsung di Oval Super Speedway, Twin Ring Motegi, ketiga-tiga pemandu kereta No. 1 BMW Z4M Coupe iaitu Fariqe Hairuman, Masataka Yanagida dan Nobuteru Taniguchi berjaya meraih maksimum 25 mata menjadikan keseluruhan markah kepada 128 mata seterusnya menjadi penakluk Super Taikyu Endurance Series 2009!

Kemenangan ini bermakna satu lagi sejarah tercipta bilamana pada musim 2008 PST adalah pasukan negara pertama memenangi kejohanan besar siri tahan lasak dan pada musim 2009 Fariqe Hairuman menambahkan lagi legasi dengan menjadi rakyat Malaysia pertama memenangi kejuaraan STE.

Sementara itu sebuah lagi kereta PST, No. 28 BMW Z4M Coupe yang dipandu oleh seorang lagi rakyat tempatan, Johan Adzmi dan pemandu Jepun Tatsuya Kataoka dan Hiroki Yoshida menamatkan perlumbaan di tempat kedua dalam kedua-dua pusingan. Walaupun dengan keputusan cemerlang, PST masih gagal untuk meraih tempat 1-2 kerana ketinggalan mata dengan Team Tetsutya. Dengan itu PST mendapat tempat 1-3.

Untuk rekod, dalam musim 2009 STE PETRONAS Syntium Team memenangi 6 perlumbaan, 7 podium, 7 grid utama dan mencatat 7 pusingan terpantas.

Tahniah kepada Fariqe, Johan dan PETRONAS Syntium Team!

-Mak Uia-

Ps: Gambar BMW Z4M Coupe semasa MMER 2009.

Silakan kongsi:

10 comments

Skip to comment form

  1. terbaek jo…!

    • natubaik on 14/12/2009 at 7:54 AM
    • Reply

    tahniah

    • on 14/12/2009 at 8:45 AM
    • Reply

    syukur..

    • strokeboi on 14/12/2009 at 9:11 AM
    • Reply

    syiok ada mari…

    • HangPC2 on 14/12/2009 at 1:45 PM
    • Reply

    Tahniah

    • bekas student Z2H on 14/12/2009 at 9:26 PM
    • Reply

    tahniah…bangga tul jadi orang Johor…

    • pendita_gila on 14/12/2009 at 11:09 PM
    • Reply

    muo laaa

    • on 15/12/2009 at 4:45 PM
    • Reply

    kalo paka kete malaysia kan lagi best…

    tapi dalam event nih..kete proton mana yang sesuai??

  2. pendita gila

    yang bekas student Z2H tu refer si fariqe la…

    cakcibo

    hantar je impian (waja) BTCC tu…dari simpan berabuk kat stor diorang tu…

    • azwan nbs on 16/12/2009 at 8:47 PM
    • Reply

    tak payah le…..simpan je lah…buat malu je kalo kalah nanti…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.