IRC Sepanyol 2011: Mata Pertama Untuk Proton

Proton Satria Neo S2000 IRC Spain 2011.01

Giandomenic Basso berjaya mengutip mata pertama musim ini untuk Proton di Rally Islas Canarias El Corte Ingles di Sepanyol yang merupakan pusingan kedua Intercontinental Rally Challenge [IRC]. Pemandu dari Itali itu menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan dan memperolehi 2 mata dalam kategori pemandu dan 16 mata dalam kategori pengeluar. Proton adalah pengeluar Asia terbaik pada perlumbaan kali ini mengatasi Suzuki, Honda dan Subaru serta di hadapan pengeluar Eropah seperti Citroen, Renault dan Ford.

Keputusan di Sepanyol juga menjadikan Proton di tempat keempat dalam IRC selepas dua pusingan di belakang pendahulu Skoda, Ford dan 2 mata di belakang Subaru di tempat ketiga.

Proton-Satria-Neo-S2000-IRC-Spain-2011.04.

Seorang lagi pemandu Proton, PG Andersson pula menamatkan perlumbaan di tempat ke-16 selepas ketinggalan pada hari pertama akibat tayar Satria Neo bocor sebanyak dua kali. Pada hari kedua perlumbaan beliau berjaya mengejar dari kedudukan ke-19 dan mengurangkan defisit untuk berada di tempat ke-16.

“Walaupun Satria Neo S2000 sudah ditambah baik namun kami sedar yang saingan pada rali ini akan menjadi sengit. Menamatkan perlumbaan di kelompok sepuluh terbaik dan 16 mata adalah suatu yang menggalakkan di mana ianya bukti kami progresif maju ke depan dan semakin kompetitif. Ini semua memberitahu kami berapa banyak lagi yang diperlukan,” kata Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Pengarah Urusan Proton Holdings Berhad.

Silakan kongsi:

3 comments

    • 5ruz on 24/04/2011 at 11:43 PM
    • Reply

    Majulah Proton utk Semua…….

  1. Go Satria NEO

    • mahdi on 25/04/2011 at 6:21 PM
    • Reply

    semoga proton terus maju…made in malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.