Infiniti Q30 Kompak Premium Sedia untuk Penampilan Perdana di IAA 2015 Frankfurt

Infiniti Q30 2015.01

Hong Kong – Infiniti Q30 Kompak Aktif kategori premium kini sedia buat penampilan julung kalinya di Pameran Kereta Antarabangsa Frankfurt pada September tahun ini.

Gaya rekaan ikonik Infiniti jelas ditampilkan menerusi Q30 baru, dengan konsep yang menerajui kelasnya direka khas untuk pelanggan yang mengutamakan keperibadian dalam kehidupan di bandar. Ciri-ciri pemanduan dinamik khusus Infiniti yang meyakinkan, menjanjikan prestasi pintas, pemanduan yang ditambah-baik serta pengendalian cemerlang. Penampilan luaran dan hiasan dalaman yang ekspresif menyumbang kepada gaya unggul dan menarik dari luar hingga ke kabin penumpang.

Penampilan perdana Q30 Kompak Aktif buat khalayak ramai diadakan genap dua tahun selepas pelancaran Q30 Konsep di Frankfurt 2013. Pendekatan konsep unggul Infiniti telah dikekalkan sepenuhnya dengan pelancaran kenderaan kompak Q30 serba baharu yang bakal dipasarkan.

Reka bentuk adalah tunggak utama bagi jenama Infiniti – dan Q30 Kompak Aktif serba baharu telah diterapkan pendekatan ini dengan sempurnanya,” kata Presiden Roland Krueger. “Q30 Kompak Aktif menyampaikan reka bentuk yang tersendiri, pemanduan dinamik dan keperibadian yang para pelanggan kami harapkan dari Infiniti. Dengan penyertaan julung kali dalam segmen kereta kompak ini, kami akan terus menghasilkan produk yang berdaya saing dan memberi pilihan tambahan unutk pelanggan kami yang bijak dalam membuat pilihan.”

Q30 Kompak Aktif ini telah melalui ujian dan pembangunan terakhir di Eropah. Ia akan dikilangkan di Sunderland, UK yang merupakan negara keempat di tiga benua dalam pemasangan kereta Infiniti.

Silakan kongsi:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.