Hyundai i10 kini mempunyai wajah baharu. Perubahan yang dibuat adalah pada interior serta luaran yang mempunyai kesinambungan daripada model baharu Hyundai lain seperti ix35 dan ix20. Selain daripada kosmetik, i10 turut dipasang enjin 1.0 liter Kappa menggantikan enjin 1.1 liter Epsilon. Enjin 3 silinder Kappa dikatakan lebih jimat minyak dengan emisi yang sangat rendah.
i10 wajah baharu didatangkan dengan 4 varian iaitu Blue, Classic, Active dan Style dengan peralatan standard seperti 4 beg udara, enam pembesar suara, tingkap elektrik dan central locking. Hyundai i10 dijual pada harga GBP 8,195 untuk model Classic.
Hyundai dengan rupa ular tedung.
Sumber: Newspress
-Mak/d Uia-
3 comments
Apsal takde org komen pun?
tak top kot kete nie…
sbb cam toyota/aston martin kecik tu je…huhu