Honda Tampil Dengan Kapcai Baru Yang Sporty

HondaWave Dash 2011.01

Kuala Lumpur, 28 April 2011 – Boon Siew Honda Sdn Bhd hari ini memperkenalkan motosikal baru, Honda Wave Dash yang terus menawan hati golongan pencinta motosikal yang mengutamakan prestasi termaju, keselesaan, keselamatan dan reka bentuk pada sebuah motosikal.

Honda Wave Dash merupakan produk kedua dalam rangkaian model “All Mode Mighty Series”. Ia menambah tawaran produk keluaran Boon Siew Honda dalam segmen pasaran 110cc hingga 115cc, sekali gus mengukuhkan lagi posisi Honda selaku peneraju dalam segmen kapcai.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Satoshi Okada berkata: “Pasaran kapcai saiz sederhana dijangka meningkat secara drastik berikutan semakin banyak model baru memasuki pasaran dan memberi lebih banyak pilihan kepada penunggang. Harga motosikal yang rendah dan kompetitif dalam segmen ini hadir bersama reka bentuk yang kemas serta ciri-ciri yang ditambah baik. Aspek-aspek ini sesuai untuk menerangkan tentang Honda Wave Dash yang baru kerana kami ingin meningkatkan keseronokan menunggang kepada para pelanggan.”

Menurutnya lagi, “Kami berbesar hati untuk memperkenalkan Honda Wave Dash yang baru bagi memenuhi ekspektasi para penunggang yang mahukan sebuah motosikal sporty dan seronok ketika memecut. Di samping menawarkan penggunaan bahan api yang menjimatkan dan tetap mampu dimiliki. Kami akan terus menambah baik produk kami dengan menawarkan teknologi terkini dan reka bentuk inovatif sebagaimana yang diinginkan pada sebuah motosikal. Honda Wave Dash ialah motosikal yang ideal dengan rekan bentuk luaran sporty dan prestasi termaju, selain mengetengahkan ciri-ciri tahan lasak serta boleh diharap yang ada pada Honda.”

“Honda Wave Dash berkongsi komponen-komponen utama dengan Honda Wave 110. Model baru ini menggabungkan kesinambungan prestasi, reka bentuk dan fungsi. Honda Wave Dash yang baru ini mampu menarik minat pengguna menerusi nilai tambahnya yang baru. Pada masa yang sama tetap menawarkan prestasi tinggi, keselesaan dan pengalaman tunggangan menakjubkan,” tambah Okada.

HondaWave Dash 2011.02

Pasaran untuk kapcai saiz sederhana (110cc hingga 115cc) pada tahun 2010 adalah sebanyak 110,000 unit. Pada tahun 2011, Boon Siew Honda menetapkan sasaran jualan yang optimis untuk mencapai 50% dari pasaran kapcai tahun lepas dengan memperkenalkan Honda Wave Dash.

Honda Wave Dash juga mesra alam melalui teknologi terkini. Motosikal ini dikuasakan oleh jenis enjin OHC 4 Kitaran termaju yang baru untuk memberi kuasa kuda maksimum 6.22KW / 7,500 RPM dan tork maksimum mencecah 8.59Nm / 7,500 RPM.

Kerangka keseluruhan Honda Wave Dash melalui Cowl Atas & Bawah yang Aerodinamik (Aerodynamic Upper & Lower Cowl) mengurangkan bunyi angin serta memberikan kestabilan ketika ditunggang pada kelajuan tinggi. Salah satu ciri terkini pada Model RSR ialah Roda tuangan berwarna emas 5 jejari yang penuh gaya diilhamkan dari motosikal berprestasi ini memberi lebih bergaya dan menawan sementara brek cakera hadapan menjamin keselamatan mutlak.

HondaWave Dash 2011.03

Ekzos Peredam Bunyi Sporti dan Pelindung Haba untuk Honda Wave Dash memberikan keselesaan tunggangan; ia merendam bunyi ekzos dan memastikan keselamtan tambahan bagi pembonceng daripada paip ekzos yang panas. Tempat Pemijak Aluminium untuk pembonceng adalah di setiap sisi. Sementara susunan Penempatan Suis yang Ergonomi secara strategik pada kedua-dua hendal demi memastikan operasi yang lebih responsif. Speedometer Pelbagai Guna dengan tolok sukatan direka khas dengan alat pengukur mudah dan penunjuk yang jelas mudah dilihat untuk pemantauan cepat dengan hanya sekali pandang ketika menunggang.

Lampu Puncak Bersepadu dan Lampu Belakang Berbentuk Berlian memberikan rupa yang lebih sporti serta bergaya kepada model ini. Motosikal ini juga mempunyai Sistem Kunci Berganda Bersinar menjamin keselamatan untuk penunggang. Selain itu, Kebuk-U Serbaguna adalah ruangan yang berguna untuk kemudahan menyimpan barangan peribadi dengan selamat.

Honda Wave Dash yang baru terdiri daripada dua jenis iaitu Model RSR (dengan Penghidup Elektrik) dan Model RS (dengan Penghidup Tendang) yang hadir dalam lima warna bergaya. RSR didatangkan dalam warna Merah ‘Vivacity’ dan Oren Bersinar. Sementara model RS pula ditawarkan dengan warna Merah ‘Vivacity’, Ungu ‘Mariana’ dan Biru Vital Blue Metalik.

Honda Wave Dash yang baru boleh didapati di bilik pameran semua pengedar sah Boon Siew Honda bermula pada 15 Mei 2011. Harga Honda Wave Dash bagi model RSR atas jalan yang dicadangkan bersama satu tahun insurans kepada seorang penunggang ialah RM5,268.00 seunit dan RM4,998.00 bagi model RS.

Silakan kongsi:

4 comments

Skip to comment form

    • jelapangPadi on 02/05/2011 at 10:58 AM
    • Reply

    110cc jer,ingat pesaing yamaha LC td..

    • cepai merah on 03/05/2011 at 12:59 AM
    • Reply

    ni klau up sket cc,buat injection mcm kt indon mesti bleh pegi…
    bentuk dh ok…

  1. gua layan 135LC aje keh keh keh

    • miftah on 24/06/2011 at 7:28 PM
    • Reply

    ape brg 4lejang. RX-Z lgi mntap jo…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.