Honda tambah pusat penukaran inflator beg udara Takata – Kini di stesen minyak PETRONAS terpilih

Untuk memudahkan lagi pelanggan yang terlibat dengan penukaran inflator beg udara Takata, Honda Malaysia kini bekerjasama dengan PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) di mana beberapa stesen minyak PETRONAS terpilih telah pun memulakan operasi penggantian sejak 9 Februari 2017.

Lokasi stesen minyak PETRONAS tersebut ialah di Ampang, Selangor, Skudai, Johor, Pengkalan Chepa, Kelantan dan Kota Kinabalu, Sabah.

Dengan penambahan itu, Honda Malaysia menjalankan operasi penukaran inflator beg udara Takata di tiga lokasi utama seperti di bawah:

1) Stesen minyak PETRONAS terpilih – dengan temu janji
2) Hab bergerak di pusat membeli-belah – tanpa temu janji
3) Kesemua 84 pusat servis Honda – dengan temu janji

Selain dari lokasi utama di atas, pelanggan juga boleh menggantikan inflator beg udara Takata di karnival Honda Family Road Trip (HFRT) di seluruh negara. Proses penggantian di karnival HFRT dan Hab Bergerak di pusat membeli-belah tidak memerlukan sebarang temu janji.

Untuk makluman, penukaran ini sangat penting memandangkan ia telah pun menyebabkan kehilangan nyawa di Malaysia dan di dunia.

Untuk proses penukaran yang lebih berkesan, Honda Malaysia turut berkerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menghubungi pemilik kereta Honda yang terlibat.

Setakat 21 Februari 2017, Honda Malaysia mempunyai 100% stok inflator beg udara bahagian pemandu yang diperlukan dan sehingga kini telah berjaya menukar 75% model yang terjejas.

Stok inflator beg udara sebelah penumpang pula telah mencapai tahap 75% dan Honda Malaysia komited untuk proses penggantian ini termasuk penambahan stok yang diperlukan.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman web www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my atau membuat panggilan ke talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020.

Berikut ialah butiran lanjut mengenai lokasi penukaran inflator beg udara Takata.

  1. Stesen minyak Petronas (klik pada imej)
    Inflator beg udara Takata
  2. Hab bergerak di pusat membeli belah (klik pada imej)

Inflator Beg Udara Takata

Muat turun fail pdf:

Honda Malaysia Mall Hubs and Petronas Location and Operating Hours

Silakan kongsi:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.