Boon Siew Honda (BSH) telah melancarkan Honda RS150R 2017 dengan warna dan jalur baharu. Tiga warna baharu tersebut ialah Edisi Trico, Merah ‘Candy’ (Candy Scintillate Red) dan Biru Mutiara (Pearl Nightfall Blue), selain warna ekskulsif sedia ada, Edisi Repsol.
Motosikal yang dilancarkan setahun lalu ternyata mendapat sambutan hangat dengan purata jualan lebih dari 2,000 unit RS150R setiap bulan.
Gayaan badan agresif, bentuk muka dan lampu tajam, rangka badan berlapis dilihat berjaya menambat hati pasaran termpatan.
Enjin versi 2017 kekal sama iaitu DOHC 150cc satu silinder, penyejukan cecair yang dipadankan bersama kotak gear enam kelajuan. Output kuasa ialah 15.4 hp pada 9,000 rpm dengan tork 13.5Nm pada 6,500 rpm.
Berat badan RS150R adalah 123kg. Ia mempunyai tangki minyak 4.5 liter dan dilengkapi dengan brek cakera di bahagian hadapan dan belakang.
Harga yang disyorkan bermula dari RM 8,478.94 (Merah ‘Candy’ dan Biru Mutiara) ke RM 8,796.94 (Edisi Trico dan Repsol), termasuk GST (tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftaran). Ia juga didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu).
Spesifikasi Teknikal Honda RS150R Baharu
Model | RS150R |
Engine Type / Jenis Enjin | 149.16cc Liquid-Cooled 4-stroke, DOHC / 149.16cc Penyejuk Cecair, 4 Kitaran, DOHC |
Bore X Stroke(mm) / Gerek & Lejang | 57.3mm x 57.8mm |
Compression Ratio / Nisbah Mampatan | 11.3:1 |
Max.Power / Kuasa Kuda Maksimum | 11.5kW @ 9,000 rpm |
Max.Torque / Tork Maksimum | 13.5Nm @ 6,500 rpm |
Clutch Type / Jenis Klac | Wet Multiplate / Multi Plat Basah |
Transmission / Transmisi | 6 Speed Manual / 6 Kelajuan |
Dimensions / Dimensi (LxWxH) (mm) | 2,025 x 725 x 1,105 |
Wheelbase / Asas Roda (mm) | 1,276 |
Curb Weight / Berat Keseluruhan (kg) | 123kg |
Fuel Tank Capacity / Muatan Tangki Petrol(?) | 4.5Liter |
Suspension Type / Jenis Suspensi | Front Axle: Telescopic / Teleskopik |
Rear: Monoshock / Monosok | |
Tyres Size / Saiz Tayar | Front: 90/80-17M/C (46P) |
Rear: 120/70-17M/C (58P) |