Setia Alam, 4 September 2013 – Honda Accord serba baharu generasi kesembilan yang sudah lama ditunggu-tunggu akhirnya tiba di Malaysia! Direka semula secara sepenuhnya dan dilengkapi pelbagai teknologi baharu dan canggih ciptaan Honda, Sedan Premium Pintar Termaju ini akan menetapkan satu penanda aras baru sebagai produk yang menerajui segmennya.
Accord menyerlahkan semenjak penghasilannya 37 tahun dahulu menerusi perubahan penuh ke atas lapan model sebelum ini. Dipasarkan di 160 buah negara, Accord kekal sebagai penanda aras dalam industri dengan jualan kumulatif mencecah 19 juta unit di seluruh dunia. Sejak membuat penampilan pertama pada tahun 1976, Accord telah menjadi model penting buat Honda. Ia juga mengalami evolusi teknologi bersama Honda demi memenuhi keperluan pengguna masa kini. Accord serba baharu dibina dengan gayaan inovatif yang diperhalusi serta ciri-ciri premium termaju. Ia pasti mampu menarik perhatian golongan yang gemarkan kemewahan, sama ada lelaki atau wanita yang ingin mendapatkan sebuah sedan mewah.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Sdn. Bhd., En. Yoichiro Ueno berkata, “Di Malaysia, Accord mempunyai ramai peminat setia untuk semua generasinya. Sehingga 31 Ogos 2013, lebih 51,500 unit Honda Accord telah terjual di seluruh Malaysia.
Accord serba baharu yang akan diperkenalkan kepada anda pada hari ini akan menetapkan satu penanda aras baru sebagai produk yang menerajui segmennya. Accord generasi kesembilan telah dibina dan direka dengan memberi keutamaan kepada para pelanggan kami. Ia berhasrat untuk mencipta keseimbangan di antara kemewahan dan prestasi yang merangkumi sistem keselamatan inovatif serta teknologi-teknologi termaju demi menawarkan keselesaan dan kemewahan terunggul,” tambah Encik Ueno.
Accord generasi kesembilan juga membuatkan para jurutera Honda kembali membuat lakaran dan memulakannya daripada asas bersama objektif untuk meningkatkannya ke tahap lebih tinggi, selain menjadikannya sebagai Accord terbaik dalam kelasnya. Nadi Accord ini adalah “Honda DNA”. Nilai-nilai dan DNA Accord dikekalkan – gaya yang tidak ditelan zaman, keselesaan dan kesenyapan terbaik dalam kelasnya, peningkatan tahap penjimatan bahan api, elemen seronok untuk dipandu, kualiti pandangan yang baik bersama ciri-ciri keselamatan termaju serta bernilai untuk wang.
Dengan penambahan teknologi termaju, sofistikasi, kemewahan dan kualiti; Accord serba baharu dikonsepkan agar menjadi “Pakej paling efisien pada sebuah Sedan Premium Pintar.” Accord serba baharu ditawarkan dalam tiga varian iaitu 2.0VTi, 2.0VTi-L dan 2.4VTi-L. Varian tertinggi kini dikuasakan oleh enjin “Earth Dreams Technology” Honda yang revolusionari. “Earth Dreams Technology” merupakan satu set inovasi teknologi generasi akan datang yang dicipta oleh Honda untuk menawarkan kualiti pemanduan berprestasi tinggi dan penjimatan bahan api.
Ketiga-tiga varian ini dilengkapi ECON Mode. Apabila diaktifkan, ECON Mode akan menggabung dan mengoperasikan satu siri fungsi ECO Assist. Kombinasi pintar ini mampu meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api kenderaan dengan hanya menekan satu butang sahaja.
Accord serba baharu yang direka penuh gaya ini adalah lebih kecil dan ringan berbanding model terdahulu. Berpaksikan kepada konsep asas “Sedan Dinamik Pintar”, Accord serba baharu menampilkan rekaan luaran yang telah dipertingkatkan melalui badan berbentuk V yang sangat aerodinamik.
Ruang dalaman Accord serba baharu menetapkan penanda aras baharu dari aspek keluasan, sofistifikasi dan kehalusan buatan dalam segmennya. Berasaskan kepada falsafah kejuruteraan dan reka bentuk Honda iaitu ‘Man Maximum, Machine Minimum’ (Manusia Maksimum, Mesin Minimum), Honda berjaya meningkatkan ruang dalaman untuk menjadikannya lebih luas dan selesa buat para penumpangnya. Ruang kaki penumpang belakang telah ditingkatkan sebanyak 35.5mm, manakala bahagian butnya pula 23 liter lebih besar. Secara keseluruhannya, ruang dalamannya mengutamakan kemewahan dan berkualiti tinggi bersama rekaan yang bersih untuk meningkatkan lagi keselesaan. Perkakasan penyerapan bunyi bising yang efisien, Kawalan Bunyi Bising Aktif (Active Noise Control, ANC) dan Kawalan Suara Aktif (Active Sound Control) berfungsi untuk menawarkan kesenyapan di dalam kabin yang mengatasi kelasnya. Aspek Kebisingan, Getaran dan Kekasaran (Noise, Vibration, Harshness atau NVH) ditingkatkan secara signifikan melalui pakej pemasangan pad penyerapan yang kukuh. Ini membolehkan pemandu dan penumpang menikmati pemanduan menyeronokkan di dalam kabin Accord serba baharu yang luas dan selesa.
Accord serba baharu telah dibina berdasarkan kepada kemahuan para pelanggan Honda terhadap ciri-ciri keselamatan pintar dan maju, di samping teknologi bantuan penglihatan yang sememangnya membantu pemandu. Salah satu contohnya ialah LaneWatch Camera yang ada pada varian 2.4VTi-L dan menjadi model pertama Honda Malaysia yang menerima ciri keselamatan tersebut. Visual titik buta akan dipaparkan pada Paparan Multi Maklumat pintar (i-MID) VGA LED sepenuhnya bersaiz lapan inci. Accord serba baharu (2.0VTi-L and 2.4VTi-L) juga menampilkan Kamera Pandang Belakang Pelbagai Sudut (Multi-Angle Rearview Camera) yang mampu mempamerkan ruang sehingga 180 darjah untuk pandangan lebih jelas ketika mengundur kenderaan.
Ciri isyarat berhenti kecemasan (Emergency Stop Signal) dan One Touch Lane Change meningkatkan lagi aspek keselamatan inovatif kenderaan yang dinamik ini. Dipasang pada varian 2.4VTi-L, sistem Active Cornering Lights (ACL) menawarkan pencahayaan tambahan secara automatik apabila pemandu mengaktifkan indikator atau memusingkan stereng melebihi 90 darjah. Ini adalah satu ciri baharu buat Honda. Lampu utama LED pada varian 2.4VTi-L juga merupakan yang pertama ditawarkan pada model keluaran Honda Malaysia.
Meletakkan aspek keselamatan ke tahap lebih tinggi, Accord serba baharu hadir bersama ciri Motion Adaptive EPS (MA-EPS) yang digabungkan dengan sistem VSA untuk membantu pemandu mendapatkan kestabilan ketika berada dalam situasi understeer dan oversteer.
Honda Malaysia menawarkan jaminan selama lima tahun bersama jarak perbatuan tanpa had serta selang servis 10,000km bagi menawarkan pengalaman pemilikan terbaik kepada semua pemilik Accord serba baharu. Honda Malaysia percaya bahawa pakej selepas jualan baru yang kompetitif ini mampu menarik minat para pelanggan Honda untuk menjadikan Accord sebagai kenderaan pilihan mereka.
Accord serba baharu didatangkan dalam lima warna – satu warna baharu yang menarik iaitu Modern Steel Metallic, Champagne Frost Pearl, Crystal Black Pearl (hitam), Taffeta White (putih) dan Alabaster Silver Metallic (perak). Honda Malaysia mensasarkan untuk menjual 2,800 unit Accord generasi kesembilan pada tahun 2013. Accord serba baharu juga dijangka mampu menguasai 30 peratus perkongsian pasaran untuk kenderaan segmen D Eksekutif bukan nasional.
Tambah Ueno lagi, “Accord serba baharu menetapkan satu standard baharu dari aspek kemewahan dan ciri-ciri teknologi inovatif. Kami yakin bahawa model ini akan menjadi produk yang mendahului segmennya dan disukai oleh semua rakyat Malaysia.”
4 comments
Skip to comment form
adoi..kenape laa honda pn dh mncamrykn dri ni..dh cam xde dsign lain..engine dh power gaban..mmg gua rs gen8 gak laa yg pling mabeles so far..bapak gua ckp mnyak pn save cmpared dgn kete lain die pnah pkai..
5star ANCAP with full mark!!!
gile safety…
Yerlah yuri.dh namanye keje ngan org.komen pun xleh negatif
Kan.kan en.dsigner prevetfmusyraf n sup rimau sdp tu wt repot lak kt drb.nasib2
Abg308.gua stuju dgn lu.gen 8 lg cult n cun