Honda Civic Concept dan Honda Civic Si Concept dipamerkan buat pertama kalinya di Pameran Kereta Antarabangsa Amerika Utara semalam, model konsep yang memberi bayangan Civic generasi kesembilan yang bakal dijual beberapa bulan lagi.
Civic for all people – frasa untuk generasi pertama Civic dan model kesembilan ini masih lagi dipegang di mana pengguna ditawarkan pelbagai opsyen enjin seperti petrol, hibrid dan gas asli.
Enjin i-VTEC yang digunakan lebih cekap bahan bakar manakala model hibrid dengan sistem IMA nya pula menerima bateri jenis lithium ion. Untuk pemanduan yang lebih jimat, Civic akan menerima teknologi Eco Assist Honda yang memberi panduan karakter pemanduan kepada pemandu. Dari segi keselamatan pula, kesemua varian Honda Civic baharu akan dilengkapkan Vehicle Stability Assist [VSA] sebagai peralatan standard.
Jika ada yang mengharapkan Civic gantian lebih agresif nampaknya bukan untuk model ini, jika dikaji rekabentuk model Honda, perubahan revolusi hanya akan dibuat selang beberapa generasi. Model ini hanya evolusi dan ini lah identiti Honda dari zaman EF lagi. Dari sisi ianya kelihatan seperti Civic Type R Euro dengan tambahan dua lagi pintu di belakang.
Jujurnya pada sesetengah bahagian rekabentuk Civic generasi kelapan seperti ada yang tidak kena, generasi kesembilan menebus kembali apa yang saya rasa tidak sempurna.
Sumber: Honda
-Mak Uia-
12 comments
Skip to comment form
hah..yang ni baru betul-betul kena..cuma keadaan duit gua aja yang masih lagi belum-belum kena..
semart giler tu….
yg oren lagi….ppeehhhhhhh….
speechless….
kalo teman beduit skrg gak teman booking…hahaha
Harga???
Kurang-kurangkan sama dgn harga Accord 2.4 sekarang. aku rasala
C27
lu main sport toto kah? lain mcm nak kata mengena tu
belakang die jahat,berlekuk-lekuk…
Sepat
increment gua lah yang masih belum mengena lagi..kehkehkeh
?????????? ??????…!!
…klu la jackpot tu halal, lme da aku tikam smpi mng…haha
6posen
pasal tu dia haram.leka asyik nk tikam sampai tak sudah.
dr jauh lampu blkg cam merce la pulop…
yang putih tuh…ada bau2 desain cam proton tuah jer