Motosikal middleweight Honda CBR650F dan CB650F 2017 kini ditawarkan dalam spesifikasi yang dinaik taraf dan warna baharu. Honda CBR650F dan CB650F ini lebih berkuasa iaitu 67kW @ 11,000rpm berbanding model 2016. Peningkatan itu adalah susulan penggunaan peredam bunyi lebih pendek yang menambah baik kemasukan dan pengurusan aliran ekzos.
Pengalaman tunggangan turut ditambah baik melalui penggunaan fork depan Showa Dual Bending Valve (SDBV) dan angkup brek Nissin baharu.
Selain itu, kedua-dua CBR650F dan CB650F kini dilengkapi lampu LED depan dan belakang. Reka letak fairing CBR650F pula mendedahkan sisi enjin dan menyerlahkan lagi imej motosikal middleweight ini ibarat ‘abang besar’ FireBlade 2017 CBR1000RR.
Honda CBR650F dan CB650F 2017 boleh didapati dari Pengedar Impian Honda bermula 1 Ogos 2017.
Model | Warna | Harga |
CBR650F | 1. Mat Gun Powder Black (Hitam)
2. Millennium Red (Merah) 3. Pearl Metalloid White (Putih) |
STD: RM 47,115.94 |
CB650F | 1. Mat Gun Powder Black (Hitam)
2. Millennium Red (Merah) 3. Pearl Spencer Blue (Biru) 4. Sword Silver Metallic (Perak) |
STD: RM 44,995.94 |
Harga yang disyorkan termasuk CBP tetapi tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Model tersebut juga didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu).
Galeri gambar Honda CBR650F:
Galeri gambar Honda CB650F: