Volkswagen Polo 1.6 Hatchback kini boleh didapati pada harga RM 69,888 (tidak termasuk pendaftaran dan insuran) untuk tempoh masa terhad. Harga baharu tersebut berkurangan sebanyak RM 7,000 dari sebelum ini iaitu RM 76,888.00.
Volkswagen Polo Hatchback dilengkapi enjin 1.6 liter 16 injap Multi Point Injection (MPI) yang dipadankan dengan transmisi automatik Tiptronic enam kelajuan. Enjin itu berkuasa 105PS dan tork maksimum 153Nm dari 3,800 rpm dengan penggunaan minyak 6.3L untuk setiap 100km.
Polo 1.6 dilengkapi sistem audio RCD 330G dengan skrin sentuh, pemain CD (WMA/MP3), slot USB dan kad SD, antara muka iPod serta Bluetooth dengan sambungan MirrorLink.
Volkswagen Polo Hatchback berada dalam segmen sama seperti Honda Jazz, Proton Iriz, Perodua Myvi, Peugeot 208, Kia Rio, Mazda2 dan Ford Fiesta.
Harga promosi ini berada dalam lingkungan Honda Jazz gred S iaitu RM RM 71,536.97.