Masalah dengan kereta hibrid ialah penampilan yang kurang menarik dan susah hendak mempengaruhi pembeli muda sedangkan mereka adalah demografi yang signifikan. Walau bagaimanapun di tangan penala kereta kita boleh lihat mereka menyalahi falsafah hibrid, penala-penala terkenal sudah pun memasang kit super caj atau turbo pada kereta hibrid. Ini adalah indikasi yang jelas bahawa kereta hibrid juga perlu berprestasi tinggi atau paling senang, kelihatan menarik.
Lakaran di atas ialah Lexus CT 200h dengan kit badan custom Five Axis dengan konsep binaan yang membuktikan kereta hibrid juga boleh kelihatan agresif. CT 200h direndahkan dengan set suspensi Tein Flex dan roda custom 19 inci dari jenama FIVE:AD manakala brek depannya menggunakan Stoptech High Performance Big Brake Kit.
Sumber: Lexus
-Mak/d Uia-
8 comments
Skip to comment form
1st! ekekekeke
2nd ekekekekekekeekekekek panjang skit..
dah salah falsafah
Chisss…cantik rendering beliau!!
woi apa jadah render tu gua saspek tu langsir punya renda renda betulkah itew?
rendering tu lukisan kete tu la siap ngan kaler2 ngan efek cahaya.. kesian ehh sekian
apola matpon….
tapi memang semart woo…
cantik lakaran…mcm Chip Foose…haha