Bila pembuat kereta eksotik macam Ferrari buat edisi terhad memang cepat kena sapu. Terbaru model SA APERTA yang akan dipamerkan pada Pameran Kereta Paris 2010 kesemuanya sudah habis terjual. 80 unit sahaja ditawarkan sempena ulang tahun ke 80 Pininfarina manakala nama SA juga merujuk kepada keluarga Pininfarina iaitu Sergio dan Andrea yang banyak mereka bentuk kereta jenama kuda berjingkrak ini. Enjin yang digunakan ialah 670 CV V12 yang dimuatkan pada bahagian depan kereta dengan casis yang direka semula untuk mengekalkan kekukuhan sama seperti model 599 biasa.
Harga tidak dinyatakan tetapi kebiasaannya pembeli tidak akan rugi sebab kereta ‘rare’ macam ini sentiasa ada harga.
Sumber: Newspress
-Mak Uia-
12 comments
Skip to comment form
agak2 ada tak rakyat m’sia yg beli
kudaku lari gagah berani…..!!!!
jangan-jangan NAZA ada beli satu letak kat showroom depa..
letak je?hehe…
laku sbb memang limited………
dalam garaj gua ada satu dah.. satu lagu sultan brunei hehe
mau beli kete ni kena masuk MLM dulu…kekekeh..
Sepat:
wah..dah letgo DVVT lu itu ke??
CaparZo:
kena capai status Marque dulu..baru boleh dapat..kehkehkeh
ada jgk ferari enjin depan ye..
klau gua,gua kasi sdekah duit tu kat anak yatim…..
SAPER NTAH yg bli keta ni
PEERGHH KETE IDAMAN GUA NIE…