Faidzil Alang @ Sepang 1000km!

FARacing_S1K2010.003

Pelumba kereta negara yang tak asing lagi, Faidzil Alang akan berlumba hari ini dalam Perlumbaan Sepang 1000 KM [S1K]. Beliau yang berlumba untuk tim AMN Motorsports akan memandu Honda Civic 1.6 bersama dengan dua orang lagi pemandu, Shazull Hisham dan Romie Asmawi. Terdapat 2 kategori perlumbaan iaitu Kelas 1 untuk kereta 1601 cc hingga 1900 cc dan Kelas 2 untuk kereta di bawah 1600 cc.

FARacing_S1K2010.001

Tim Faidzil mencatat masa terpantas semasa sesi latihan dan mendapat tempat kesepuluh pada ujian kelayakan petang kelmarin. Ada 56 kereta yang akan berlumba dengan pelbagai model seperti Honda Civic Type R, Suzuki Swift Sport dan Proton Satria Neo. Pemandu pula terdiri dari dalam dan luar negara membuktikan prestij S1K walaupun baru 2 tahun dianjurkan.

Perlumbaan akan dilepaskan pada pukul 12 tengahari dengan 182 pusingan yang dijangka berakhir pada pukul 9.00 malam.

Harga tiket? RM5. Murah gila.

Foto: FA Racing

-Mak Uia-

ps: Ada pelekat GT pada topi keledar Faidzil!

Silakan kongsi:

9 comments

Skip to comment form

  1. good luck brother….!!!

    • on 05/06/2010 at 9:38 AM
    • Reply

    FA Racing stands for Faidzil/dzal Alang Racing, good name there
    🙂

    • pendita_gila on 05/06/2010 at 10:47 AM
    • Reply

    heheheh gud job mak

    • speed on 05/06/2010 at 11:30 AM
    • Reply

    mad bagi la gambar depan tu gambar lain mcm hehe

    • on 05/06/2010 at 3:12 PM
    • Reply

    Good luck bro…harap2 leh naik podium..

    • sepat on 05/06/2010 at 7:07 PM
    • Reply

    Takde org nak tempah aku drive mana2 team utk race ni?

  2. support! support!

    • on 05/06/2010 at 9:02 PM
    • Reply

    best tul kn lumba2 cmni?baru la terisi waktu2 terluang…g.luck

    • azwan nbs on 06/06/2010 at 2:53 AM
    • Reply

    helmet dia cantik…

Leave a Reply to CaparZoCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.