Ini entri ringkas tapi menarik. Vitaly Petrov menawarkan kepada bakal bos dia €15 juta untuk F1 musim 2010. Petrov yang berusia 25 tahun dari Rusia ni bukan calang-calang pemandu.
Tahun lepas dia dapat nombor 2 dalam kejuaraan GP2 di belakang Nico Hulkenberg dan khabarnya bakal memandu untuk Renault ataupun Campos.
Mengikut suratkhabar Jerman, Bild, firma di belakang Petrov adalah dari Rusia iaitu Sberbank dan Gazprom.
Pengurus Michael Schumacher dan Hulkenberg, Willi Weber cakap soal bayar-bayar ni biasa dalam F1.
“Hanya 6 atau 7 pemandu top saja yang betul-betul buat duit, yang lain tu semua bawa duit untuk tim diaorang. Siapa-siapa yang mula macam tu maknanya dia akan terus buat macam tu sepanjang karier melainkan dia betul-betul berbakat,” kata beliau.
Sekutu jangan tak tahu, Schumacher bayar Eddie Jordan [Jordan – Ford] lebih kurang $200,000 semasa penampilan GP sulung beliau di Spa, Belgium pada tahun 1991.
Sumber: Motorsport.com Sumber gambar: Wikipedia
-Mak Uia-
7 comments
Skip to comment form
tak berapa la pulak gua nak kena bayar kalau gua pun nak apply sama..
jgn xtau pulak,skrg dlm dunia semua berbayar..ahhaa..
byk duit beliau….gua tak ckup lgi 1 paun je nak bayor…..nasib…
mana nak cekau duit bebanyak….masuk MLM belum tentu masyuk…
kisah ni macam ala2 @lex y**ng je..
duit duit dimana kau duit
duit kat bank la….mane lagi….huhuhuhu