Dalam F1 sejak dua menjak ni kita asyik dengar Schumacher akan berlumba balik, khabar angin tersebut makin kencang bilamana Mercedes GP umumkan Nico Rosberg sebagai pemandu dan selepas itu terus senyap, tiada pasangan untuk beliau. Lepas tu tup-tup saja Petronas taja Mercedes GP dan pastinya akan ada berita lagi besar dari itu. Dan hari ini, berita paling besar dalam F1 adalah kembalinya Michael Schumacher, pemandu paling berjaya dalam sejarah F1. Dan saya fikir itulah antara sebab Petronas hendak menaja Mercedes GP sebab di atas kertas pasukan tersebut mempunyai sifir yang cukup untuk menjadi juara.
Untuk rekod, Schumacher yang berusia 41 tahun gantung stereng 3 tahun lepas dengan 7 kali juara dunia, 91 kemenangan grand prix, 154 podium dan mengumpul 1,369 mata dalam 249 perlumbaan bermula dari 1991 hinggalah 2006.
“Mercedes Grand Prix Petronas merupakan cabaran baru buat saya dalam permotoran dan peribadi,” kata Schumacher. “Ini merupakan ‘kitab’ baru dalam karier resing, dan saya gembira dapat berkerja dengan kawan lama, Ross Brawn dan rakan-rakan lama dalam Mercedes Junior Programme.
“Saya yakin yang kami bersama akan terlibat dalam cabaran mendapatkan kejuaraan Formula 1 tahun depan dan saya benar-benar hendak kembali ke litar. Pada saya, hubungan ini kini lengkap. Mercedes menyokong saya untuk tempoh yang lama sewaktu karier saya bermula dalam F1 – dan kini saya berharap untuk menyumbang kembali kepada jenama dengan bintang ini.”
Hmm.. orang lama memang cakap merendah diri dan kini Mercedes GP Petronas F1 Team berada dalam kategori elit. Tidak hairanlah Petronas ingin menaja pasukan tersebut. Selepas bertahun-tahun ‘melebur’ duit dengan pasukan yang ‘kadang-kadang’ saja podium kini Petronas bersama pasukan yang diharapkan dapat memenangi F1.
Sumber: Gambar Schumi: Crash.net/Mercedes. Gambar lain-lain: Mercedes.
-Mak Uia-
18 comments
Skip to comment form
Bila Michael ni datang resing taun depan gua nak sound dia, “Are you The Stig?! Don’t bluff!!!” sambil gua cakap Jerman.
dia balas blk,”No you r the real sting,Mat”..sambil hulur rokok semporna kt mat..dgn lorat jamaica..
gua tak sabar nak tunggu derang buat demo pit stop kat KLCC tahun depan…
n kesudahannya tak sorang pon tau sape sting, jeremy je yang tau.. huhuhu….
cayalah.. nie yg gua kembali bersemangat nih nak tgk F1
gua tetap ngan team 1malaysia
Mat…Aku tau la ko Stig Malaysia…Try bukak helmet tgk?…Ade brani…
Formula 1 musim 2010 mmg menarik. Schumacher kembali resing, team 1Malaysia join the race, betting antara Tony Fernandes dgn Richard Branson etc.
jalan tar kampung
Don’t mix with my household. Guard Michael sound lu dalam bahasa Jawi.
carragher27
Cis. Gua tau lu nak layan makwe pit. Tak baik woi!
zulkim
Cuba la cari FB Stig tengok ada tak.
Prodigy
F1 KE MAKWE F!? Ah lu pun sama macam 27.
pendita_gila
Macam inilah yang kita mahu. Gua bersamamu.
CaparZo
Datang rumah. Gua kat rumah tak pakai helmet.
amid
Tak baik betting2 ni Amid. Berjudi tu.
branding is power……
tapi kenapa kepala maikel tak center je gua tgk…..kecederaan tengkuk lagi ke…?
schumi kembali….
all german team!~
dia ngah posing gak nye tu….
bliau dlu nkl mcm tiger wood, 2 yg kne sepak smpi teleng…….
lastly org jerman bawak keta jerman… klu bole gantung bendera swastika skali
Nak sedap tulis “Hitler is the best”
matpon best..
try arr ckp cam 2 kat Michael(Hitler is the best)
shcumacher menjatuhkan reputasinya sendiri.
da bersara buat cara bersara la.bagi peluang kt raider2 muda.
mcm budak2..klu kat malaysia lpas pencen dk rumah layan cucu