F1: Maxis Taja Lotus Racing!

Logo Lotus Racing

Seperti yang kita sedia maklum, Lotus Racing membuat penampilan sulung tempatan di Pavilion semalam dan pada masa yang sama Proton melancarkan Proton Satria Neo R3 Lotus Racing. Selain dari itu, Lotus Racing turut mengumumkan penaja baru iaitu Maxis Berhad.

Sandip Das, Ketua Pegawai Operasi Maxis Berhad berkata, “Maxis sangat berbesar hati untuk meluaskan penglibatan dalam sukan melalui penajaan tim Lotus Racing dalam Formula Satu. Ini adalah kebanggaan negara dan sebagai peneraju dan syarikat telekomunikasi Malaysia paling inovatif, yang juga dihormati secara global, kami mahu menjadi sebahagian dari saat indah Malaysia. Komitmen Maxis kepada Lotus Racing menjanjikan pengalaman Formula Satu lebih bersepadu kepada pelanggan dengan capaian terkini berita perlumbaan dan maklumat melalui telefon bimbit di sebarang lokasi dan masa yang mereka mahukan. Dan sebagai tambahan, pelanggan Maxis yang bertuah akan mendapat peluang eksklusif untuk menonton Sepang Grand Prix secara langsung pada hujung minggu ini dengan tajaan dari Maxis.”

Penajaan Maxis adalah selama setahun dengan nilai yang tidak dinyatakan.

Sumber: Lotus Racing

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

9 comments

Skip to comment form

  1. yeaahh aku first

    Tak lama lagi kereta Lotus Neo CPS ni kompom ada versi “iphone edition’ powered by Maxis hehehe..

    • Joule on 31/03/2010 at 12:20 PM
    • Reply

    Apa la sepat..

    Mak.. Cepatla bt review kekte baru tuh..

    • on 31/03/2010 at 5:19 PM
    • Reply

    Apsal MAXIS jer…ASTRO tanak join sekali…
    Mak…mane review Satria NEO CPS R3 Lotus Racing nih?

    • carragher27 on 31/03/2010 at 5:56 PM
    • Reply

    lu orang jangan terperanjat kalau-kalau nama GearTinggi terpampamg kat kereta Lotus tu… haha

    • kete_hitam on 31/03/2010 at 10:50 PM
    • Reply

    carragher27 : aik….. kata biru? yg tu hijau……

    • on 01/04/2010 at 1:22 AM
    • Reply

    mane ni full story pasal SaNeo.CPS.R3.LoR?cpt r..

    • on 01/04/2010 at 3:19 AM
    • Reply

    Jalan Tar Kampung

    Pukul 8 pagi nanti..

    • slimershine on 01/04/2010 at 3:47 AM
    • Reply

    gua ingat tayar maxxis sponsor.. adui silap channel la..

    • azwan nbs on 03/04/2010 at 3:12 PM
    • Reply

    nak buat ape maxis sponsor f1…tak masok akal…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.