Perlumbaan di Korea semalam adalah terburuk untuk musim ini, suatu permulaan yang tidak cantik untuk pusingan yang pertama kali diadakan di Korea. Pelumba bermandi hujan dan terlibat dalam kemalangan. Pelepasan kereta dilewatkan dan selepas berlumba hanya tiga pusingan perlumbaan ditangguh sementara cuaca kembali normal.
Selepas hampir sejam tertunda, perlumbaan disambung tetapi di belakang kereta keselamatan dengan pelumba dibawa bersiar-siar hinggalah ke pusingan ke 18 namun dua pusingan selepas itu penonton dijamu dengan drama apabila Mark Webber berpusing dan dirempuh oleh Nico Rosberg. Mereka berdua tamat serta-merta.
Pada pusingan 24 pula giliran Jarno Trulli membuat kesilapan sendiri dalam percubaan memotong apabila melanggar belakang kereta Bruno Senna dan kehilangan sayap depan, Trulli masuk ke pit dan terus bersara. Perlumbaan yang tidak sempurna turut berjangkit kepada bintang muda Sebastien Vettel pada pusingan 46 apabila enjin Renault nya pecah! dengan bersaranya Vettel dan Webber bermakna tim RedBull gagal menamatkan perlumbaan buat kali pertama.
Perlumbaan kali ini adalah milik Ferrari dengan Fernando Alonso menjadi juara dan Felipe Massa di tempat ketiga. Naib juara dimenangi oleh Lewis Hamilton dari McLaren Mercedes. Masih lagi mengenai Mercedes, Michael Schumacher mencatat keputusan terbaik musim ini dengan menduduki tempat keempat. Tony Fernandes turut gembira apabila Heikki Kovalainen menduduki tempat ke 13, di hadapan tim-tim baru lain.
F1 semakin hangat dengan Fernando Alonso merampas takhta teratas pemandu dari Mark Webber manakala Lewis Hamilton di tempat ketiga. Masing-masing dengan mata 231, 220 dan 210. Tinggal lagi dua perlumbaan penentuan siapa juara musim 2010.
Keputusan F1 GP Korea 2010:
- Fernando Alonso – Ferrari
- Lewis Hamilton – McLaren Mercedes
- Felipe Massa – Ferrari
- Michael Schumacher – Mercedes GP Petronas
- Robert Kubica – Renault
- Heikki Kovailanen – 13
- Nico Rosberg – DNF
- Jarno Trulli – DNF
Sumber Gambar: Lotus Racing & Daimler.
-Mak Uia-
2 comments
tahniah schumi dapat no 4 walau dalam hujan,
Think Positive..
sumaker mmg suka klu ujan2..