Perlumbaan Formula Satu di litar Suzuka semalam memang menarik, drama bermula seawal pelepasan bendera bila mana Vitaly Petrov melanggar Nico Hulkenberg dan kemudian semasa selekoh pertama Felipe Massa pula menyapu Tonio Liuzzi sewaktu beliau hendak memotong Nico Rosberg. Beberapa babak kemudian Michael Schumacher pula ‘berlumba’ dengan Nico Rosberg sehinggalah pada babak terakhir perlumbaan iaitu pada pusingan 47 apabila roda kiri belakang kereta Rosberg tercabut dan melantun-lantun.
Perlumbaan ini dimenangi oleh Sebastien Vettel selepas kemarau menjadi juara. Tempat kedua turut dimenangi oleh pemandu Red Bull iaitu Mark Webber manakala Fernando Alonso dari tim Ferrari di tempat ketiga. Tim Lotus Racing mencatat keputusan paling bagus untuk musim ini di mana Heikki Kovalainen dan Jarno Trulli masing-masing di tempat ke 12 dan 13. Schumi juga bagus, di tempat keenam dan memberi lapan mata kepada pasukan Mercedes GP Petronas. Apa pun hero perlumbaan kali ini ialah Kamui Kobayashi dari Sauber, walaupun tamat di tempat ketujuh tetapi cara pemanduannya adalah klasik.
Keputusan F1 GP Jepun, Suzuka 2010:
- Sebastian Vettel – Red Bull Renault
- Mark Webber – Red Bull Renault
- Fernando Alonso – Ferrari
- Jenson Button – McLaren Mercedes
- Lewis Hamilton – McLaren Mercedes
- Michael Schumacher – 6
- Heikki Kovailanen – 12
- Jarno Trulli – 13
- Nico Rosberg – DNF
Foto: Lotus Racing & Daimler
-Mak Uia-
1 comment
Takziah kepada keluarga kemalangan di simpang ampat rembau.alfatihah..