Menang di tempat sendiri memang manis, rasa macam dah hadiahkan sesuatu yang besar untuk rakyat tempatan. Walaupun Fernando Alonso berasal dari Sepanyol tetapi itu tidak cukup untuk menghalang warga Itali dari merai kemenangan mereka, silap-silap ada yang tak lena tidur semalam dan mungkin ada yang tak kerja hari ini. Sebelum menang Alonso sudah pun menaruh harapan tinggi pada peminat Ferrari apabila mencatat masa terpantas semasa sesi ujian. Pakej dan talaan kereta memang menjadi pada pusingan ini dan kegembiraan bertambah apabila Felipe Massa menang di tempat ketiga.
Berada seperti sandwic ialah Jenson Button dari McLaren Mercedes. Walaupun Ferrari juara tetapi Button mengepalai perlumbaan sebanyak 36 daripada 56 pusingan, Alonso berjaya ‘mencuri’ kedudukan tersebut dengan strategi hentian pit dengan keluar sebelum sempat Button memintas. Lain pula ceritanya dengan Lewis Hamilton, belum panas lagi berlumba beliau terkeluar ke atas batu apabila berlanggar dengan kereta Massa.
Apa cerita dengan tim Mercedes GP Petronas? Keputusan yang agak memuaskan bila mana kedua-dua pemandu mengutip mata, Nico Rosberg di tempat kelima manakala Michael Schumacher di tempat kesembilan. Memang tak syak lagi kereta mereka kurang sempurna pada musim ini. Dengar kata kereta Schumi sebenarnya direka untuk Button tetapi belum sempat digunakan beliau dah berhijrah ke McLaren. Mungkin musim depan prestasi Mercedes GP akan lebih baik.
Di kalangan tim baru pula, mood yang bercampur-campur untuk tim Lotus Racing apabila hanya seorang pemandu mereka iaitu Heikki Kovalainen menamatkan perlumbaan di tempat ke 18 di belakang Timo Glock dari Virgin Racing. Jarno Trulli pula gagal untuk menamatkan perlumbaan apabila kotak gearnya rosak terus pada pusingan 46. Masalah ketahanan mekanikal selalu menghantui Lotus Racing.
Sumber: Daimler, Lotus Racing
-Mak Uia-
2 comments
lapas belas………….
alahai….
sedih aku …