Lotus Racing semalam melancarkan secara rasmi kereta F1 nya, Lotus Cosworth T127 di Royal Horticultural Hall, London. Majlis tersebut dihadiri oleh Prinsipal tim, Tony Fernandes, Ketua Pegawai Teknikal, Mike Gascoyne dan barisan pemandu iaitu Jarno Trulli, Heikki Kovalainen dan pemandu tunggal negara, Fairuz Fauzy. Majlis juga turut disertai oleh 500 penonton.
Kita lupakan siaran rasmi yang diberi Lotus Racing cuma saya nak kata ialah, desain Lotus Cosworth T127 ini adalah paling old school [sekolah lama] dalam sejarah moden F1. Jika kita lihat banyak tim bola sekarang kembali kepada jersi gaya ketat [fit] ala zaman dulu-dulu, Lotus pula kembali kepada era ‘liar’ F1 tanpa peraturan-peraturan yang ketat. Tidak salah saya katakan Lotus Racing kembali menghidupkan semangat zaman klasik F1.
Warna Hijau Perlumbaan British [British Racing Green = Proton Wira 1.6 tahun 90 an]
Sumber: Lotus Racing & Lotus
-Mak Uia-
11 comments
Skip to comment form
old skool jo~
hahahaha..
smart warna hijau..
aloo mat lu ada x gambar proton concept yg mamat italy design tu lu punya pesaing dah kuarkan gambar tu lampi la lu mat
Hi Ala Lingkup
Matpon dah lama tak balas komen. Tiada gambar dari sumber rasmi membantutkan niat saya nak tulis pasal Proton baru. Kebanyakan gambar Proton di GT diambil dari Proton UK dan bukan Proton Malaysia.
Memang ada web lain yang siarkan gambar tu tetapi sama ada gambar itu dari sumber sah atau tidak saya tak pasti. GT dengan sumber terhad sedaya upaya hendak paparkan imej dan bahan dari sumber sah.
Bahkan, banyak lagi berita yang ‘panas’ saya baca dahulu dan kemudiannya diterbitkan dalam blog pesaing.
Saya minta maaf dan harap sekutu semua faham.
Apapun, ini adalah pautan Proton baru: http://www.italdesign.it/welcome.php
Enjin hybrid dari Lotus.
🙂
agak-agak ada can tak diaorang nak buat demo pit stop kat LCCT tu…pastu lalu bawah flight Airbus milik pakcik Tony tu..
kenape keta ni nmpk x ‘PADAT’ mcm team lain
betol tu…nampak cam banyak lobang la pulak…
kaler ijau kepala itik…ahaks…
Gua teringat RXZ dulu warna blue black. Gila kucar kacir jugak budak-budak motor dulu cari kedai nak cat warna tu. Masa tu gua bikin BMX je.
Lu orang perasan tak sut resing dia macam gua?
Belum tengok helmet lagi tu.
perghh..paling oldskool suit pun oldskool..
jgn main2 r nmpk oldskool nadi power..heheeh
hah…
aku sokong team lotus f1 racing 1 msia…