Khas untuk pembaca GearTinggi.com yang disayangi, eksklusif untuk anda dari Muzium Mercedes-Benz di Stuttgart, imej rasmi Mercedes GP Petronas.
Hari ini MERCEDES GP PETRONAS memperkenalkan pasukan mereka di hadapan lebih 600 tetamu yang terdiri dari 200 ahli media dan 200 pekerja Mercedes. 100 yang terpilih adalah pekerja terbaik Mercedes manakala bakinya dipilih secara dalaman.
Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Dr. Dieter Zetsche, Ketua Pegawai Eksekutif Daimler AG dan Ketua Mercedes-Benz Cars. Michael Schumacher dan Nico Rosberg kemudiannya memperkenalkan kepada umum reka grafik baru pasukan yang dilekatkan di atas kereta musim lepas. Kereta baru, MGP W01 akan membuat penampilan sulung semasa ujian di litar Valencia pada 1 Februari dan kemudiannya pada pusingan pertama di Bahrain pada 14 Mac akan datang.
Grafik baru berwarna perak [silver] dan hijau ini adalah lambang hubungan di antara pasukan Silver Arrows dan rakan penaja, Petronas. Legasi Silver Arrows ini bermula dari Eifel Race pada tahun 1934 bilamana mereka terpaksa melunturkan warna putih pada kereta perlumbaan Mercedes W25 bagi memenuhi syarat berat kereta. Warna perak daripada permukaan badan aluminium kemudiannya jelas muncul dan selepas itu sejarah tercipta.
11.50 malam.
Sumber: Daimler
-Mak Uia-
17 comments
Skip to comment form
wah gua 1st..
Gua seken…
Sok jgk pertonas tuka eklan dorg drpd BMW 5series kpd Merc C-klasse..hihihi
besau jugak la petronas kat baju diorg tu…
bolah la…. kat keta ada gak skit… ok la..
hmmm…nampak simple tpi mengancam..
kalau buat kaler keta gua camtu mesti kena kutuk kan…
wauuu….gua rasa macam nak keje ngan petronas jer…
Lawa siot kete tu
ckit sangat warna hijaunya
gua mcm biase, sokong team malaysia……
pasukan pilihan aku tahun nie..pasal aku minat schumacher..klu dia bwk toro rosso skali pn, aku akn minat jgk..tp kn lebih baek klu logo petronas tu ade kt kete team lotus F1..
bangga la gua..
dulu ramaiorg politik bangang mane ckp petronas membazir duit?
skrg tengok la kawan 1 dunia tau PETRONAS xmustahil malaysia dpt nama ma..politik oh politik..politik u r very tuut!!!…
membazir la jugak..
ada ke org miskin dpt kebaikan?
ha? ha?
idung berdarah…..
Gua rasa nak jadi ulat tiket F1 lah, gua syak ramai yang akan turun nanti. Sapa nak jadi rakan kongsi boleh intercom gua ok.
bila nk iklan pakai Brabus,bmw je..hahaha..
Han:ko try dok kat thailand,indon atau singapore..ko tau lah ape yg rakyat miskin kat malaysia ni dpt dan rakyat miskin kt sana xdpt..ron95,makan,cukai,semua murah..JANGAN DIKABURI DGN POLITIK..ni tempat layan kereta resing,bukan web politik ####..
ARGHHHH..TIKET MURAH MURAH…
mahal kalo dlm rm..