Apabila Petronas mengumumkan penajaan mereka dengan Mercedes GP, ada yang mempersoalkan kenapa tindakan tersebut diambil sedangkan ‘negara’ mempunyai Lotus F1 Racing Team. Baru-baru ini saya dapat tahu dalam masa yang sama terdapat 2 lagi pasukan yang bersaing untuk mendapatkan tajaan Petronas iaitu Sauber dan Williams.
Naib Presiden Perkhidmatan Korporat, Ahmad Nizam Salleh mendedahkan selain dari mempertimbangkan untuk kekal dengan Sauber, Petronas juga turut melihat Williams atau Lotus.
Akhirnya Petronas memeterai perjanjian jangka panjang penajaan tim Mercedes GP dan mengikut sumber Bernama, penajaan tersebut akan dinilai setiap tahun sepanjang 5 tahun bersama.
“Empat pasukan disenarai pendek – Williams, Sauber, Mercedes dan Lotus,” kata beliau yang dipetik dari akhbar The Star pada pelancaran grafik Mercedes di Stuttgart baru-baru ini.
“Tetapi Mercedes menawarkan pakej terbaik dan apa yang mereka minta adalah sangat menarik,” tambah Ahmad Nizam.
Selain dari itu, berbeza dengan apa yang saya sangka dan cerita pada kawan-kawan, keputusan untuk menaja Mercedes dibuat sebelum Michael Schumacher bersetuju untuk bersama Mercedes lagi.
Sumber: Motorsport.com
-Mak Uia-
9 comments
Skip to comment form
Congrats to mak uia..
gua ada baca dlm sotkabar..Air Asia menjalinkan kerjasama dengan Esso/Mobil.. mesti pakcik Tony kecik ati dengan Petronas..
petronas dah brape lame dlm f1, takkan asyik nak sponsor kat baru mcm lotus…..dpt sponsor team yg ada high profile people mcm ross brawn & schumi memang bagus la, at least bleh tgk petronas kat podium 1st place lagi tu….just good bussines decision…
strategi OH srategi.
good decision by petronas
bagus ada kemajuan
petronas tu….!!!!
jadi kesimpulan nye name petronas dalm motosport antarabangsa dah kukuh la,smpaikan mercedes pun nangis2 mintak sponsor…
uuuuu..sebak!