Edaran Tan Chong Motor Lancar Nissan Navara 4×4 King Cab

Nissan Navara King Cab 2011.01

Kuala lumpur (27 Mei 2011) – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini mengumumkan ketibaan Nissan Navara King Cab 4X4 Edisi Terhad. Gaya badan sebegini merupakan yang pertama dalam segmen trak pikap di Malaysia. Ia bagi memenuhi keperluan pengguna yang mahukan ruang penyimpanan di dalam kabin dan kargo belakang.

Demi membuktikan kemampuan ruang storan di dalam kabin yang mendahului kelasnya, Nissan Navara King Cab mempunyai pintu akses belakang yang membolehkan barang-barang dimasukkan dari mana-mana arah kenderaan. Pintu-pintu akses belakang yang unik itu juga boleh dibuka luas (sehingga 90 darjah).

Dengan bukaan pintu tanpa tiang, akses ke dalam kabin menjadi sangat mudah. Jika dibandingkan dengan model Navara Double Cab, King Cab yang baru itu juga memiliki kargo belakang lebih besar.

Sama seperti mana-mana model Navara 4X4 M/T yang lain, King Cab turut menampilkan ciri sistem 4WD “Shift-on-the-Fly” yang dikawal secara elektronik. Sistem tersebut membolehkan penukaran antara mode 2WD dan 4WD dibuat tanpa perlu memberhentikan kenderaan. Model itu dipasang dengan transmisi manual enam kelajuan.

Nissan Navara King Cab 2011

“Kami memperkenalkan model Nissan Navara King Cab untuk mencabar persepsi bahawa trak pikap dua tempat duduk merupakan jentera untuk melakukan kerja yang bersifat utilitarian. Menerusi kombinasi ruang penyimpanan selamat, penampilan menarik, kuasa mendahului kelas dan kabin yang selesa, kami menjangkakan King Cab mampu menetapkan satu penanda aras yang baru dalam segmen trak pikap,” kata Pengarah Auto Dunia Sdn Bhd yang bertindak selaku pengedar sah King Cab, Azman Badrillah.

“Tahun 2010 menandakan satu perkembangan signifikan buat jenama Nissan di Malaysia kerana kami berjaya mencapai rekod jualan tertinggi dalam tempoh 25 tahun. Sebanyak 32,998 unit kenderan telah diserahkan kepada para pelanggan yang kami hargai,” kata Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr Ang Bon Beng. Beliau juga menjangkakan bahawa angka jualan syarikat terus meningkat melalui pengenalan lebih banyak model baru pada tahun ini.

Nissan Navara cukup dikenali seluruh dunia kerana ketahanan, kemampuan di laluan off-road dan keselesaannya. Sejak dilancarkan di Malaysia pada November 2008, trak yang dikenali sebagai Mother Trucker itu telah memperoleh banyak anugerah berprestij, seperti di bawah:

Best Value for Money Pickup Truck, Asian Auto – VCA Auto Industry Awards 2009 and 2010.

Winner – Pickup Category, Autocar Asean Car of The Year Awards 2009.

The Best Speed Bump Killer – NewMan RPM Awards 2009.

Nissan Navara King Cab 2011.03

Nissan Navara King Cab boleh didapati dalam empat warna iaitu perak, kelabu, putih dan hitam. Harga di atas jalan (termasuk insurans, cukai jalan, yuran pendaftaran dan yuran tuntutan pemilikan) bagi Semenanjung Malaysia bermula dari RM 82,800.00. Nissan Navara King Cab 6 M/T 4X4 hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000 km (yang mana tiba dahulu). Maklumat lanjut, sila hubungi penasihat produk kami, En. Alex Yaul di talian 012-723 2323

Silakan kongsi:

5 comments

Skip to comment form

  1. Pintu dah mcm kete RX8 tu…mantop

  2. Mother trucker…keh keh keh

    • jabroni on 31/05/2011 at 4:32 PM
    • Reply

    King Cab = King Crab

  3. Kingston tu cuba lu orang teka berapa no poskod dia?

    • aula nizan on 01/06/2011 at 12:58 PM
    • Reply

    40150..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.