Pada Jumaat lepas Proton menyambut ulangtahun ke 25 dengan gilang-gemilang. Proton Emas dibawa pulang dan pelancaran Saga, Exora dan Persona edisi khas 25 tahun. Tetapi seminggu sebelum itu, Tim Rali Proton R3 Malaysia menghadiahkan kemenangan tempat kedua dalam APRC pusingan Whangarei, New Zealand.
Paling menarik kemenangan ini dicapai seminggu selepas 3 buah Satria Neo S2000 terkandas di IRC Ypres. Alister McRae yang sebelum itu juga hampir menjuarai APRC Malaysia memecah kehausan kemenangan tim Proton. Lain pula ceritanya dengan rakan sepasukan, bekas pemandu WRC Chris Atkinson memandu dengan cemerlang hinggalah keretanya mengalami masalah teknikal pada SS14.
Pusingan APRC seterusnya adalah di Australia pada hari kebangsaan, 31 Ogos ini. Tulisan saya tamat di sini dan sempena 25 tahun Proton saya hidangkan kepada anda 25 keping gambar Tim Rali Proton R3 Malaysia pada perlumbaan ini. Pada yang skeptik dengan keupayaan Proton Satria Neo S2000 ada 2 video yang menarik untuk ditonton.
Video: Alister McRae
httpv://www.youtube.com/watch?v=vM-bzJQUeGs&feature=player_embedded
Video: Chris Atkinson
httpv://www.youtube.com/watch?v=Q_TR4TlbDjA&feature=related
Tahniah dan Selamat Ulangtahun Proton!
Foto: Proton Motorsports
-Mak Uia-
ps: Bro Suriya, R3 pun patut buat keluaq sekali model 25 tahun!
16 comments
Skip to comment form
Tahniah dan Selamat Ulangtahun Proton!
selamat ulangtahun ke 25 proton!
ni yang gua semangat ni
satria neo punye bunyi tak menahan…
rev-happy engine…:)
pergh bunyi….tak tahan…..
sape sape ada waja 1.8 tu boleh la wat macam neo ni
Happy birthday PROTON..happy birthday aku…Ulang tahun ke 25 tahun utk proton n juga 25 tahun utk aku..hehe.. Satria neo s2000 the best
Happy birthday PROTON..happy birthday aku…Ulang tahun ke 25 tahun utk proton n juga 25 tahun utk aku..hehe.. Satria neo s2000 the best!!
Tahniah Proton dan Selamat Menyambut Ulang Tahun yang ke-25…Kipidap bebeh…
bila myvi aku nak laju cam Neo ni…
sepat..jual myvi beli neo ni..kompem sama laju..aku gerenti
Sepat …bkn MyViTech ko tu yg paling laju ke?…kih…kih…kih…
Ps – kete mak UIA laju woooo…konvoi mase gi TAxi Ride…gua last sekali…hihi..
Sepat is Proton haters tht’s y he use Myvi. Dont trust him like u trust me.
eeehhh pelisss.. before i drove myvi.. i used to have wira 1.5 auto yr 95 but like u said.. i hate proton so i changed engine only coz no feel laa 1.5 so i throw in 1.8 GSRT become PROMIT .. new legendary KESAS 4 doors turbocharged .. if u dont believe me.. u can call SINAR Pagi besama KE, SY, Krill .. they are my witness ..now i love myvi..
myvi?
u-vi?…